in ,

Irma Hasmie, Ako Mustafa dalam Cinta Lima Bintang

TELEMOVIE CINTA LIMA BINTANG ISI SLOT CITRA DI TV2

Lima bintang sinonim dengan markah terbaik yang diberikan kepada perkhidmatan memuaskan yang diberikan kepada pelanggan. Malah pengikhtirafan diberikan juga merujuk kepada yang terbaik daripada pihak pesaing yang ada. Namun dapatkah anda membayangkan bagaimana pula sekiranya markah lima bintang itu dikaitkan dengan cinta? Perasaan yang luhur daripada hati yang suci.

Situasi itu diterjemahkan dalam telemovie mengisi Slot Citra pada 14 Januari 2011 (Jumaat), jam 10.00 malam di TV2 bertajuk Cinta Lima Bintang lakonan hebat Irma Hasmie, Ako Mustafa, Nadiya Nisaa, Mislina Mustapha, Seelan dan Tiew Chai Hong yang membawa penonton menghayati drama yang mengambil latar pengambaran di sebuah resort.

Irma Hasmie

Cerita bermula dengan berkongsi watak Seri dan keluarganya di perkampungan nelayan. Seri dan Azlan bertemu apabila Seri yang merupakan pengemas bilik di Bayu Kasih Resort tidak sengaja termasuk ke dalam bilik Azlan yang di sangkanya tiada orang. Kemudian Azlan diperkenalkan kepada semua pekerja Bayu Kasih Resort sebagai Pengarah Urusan yang baru resort tersebut. Setelah mendapat tahu yang resort tersebut bakal ditutup, Seri, Burn (Penyelia), Romi (Pekerja Am), Sin June (Ketua Bahagian Dobi) dan Jelita (Penyambut Tetamu) bersepakat untuk sama-sama mempertahankan Resort Bayu Kasih. Mereka mahu merealisasikan impian Datin Maya yang mahukan resort tersebut akan dapat naik taraf ke taraf Lima Bintang.

Bermula hari itu, Azlan mulai mengkagumi kesetiaan para pekerja di resort tersebut. Mereka begitu bersungguh-sungguh untuk mempertahankan Bayu Kasih dan sanggup berganding tenaga walaupun terpaksa lebih waktu demi untuk mempastikan Bayu Kasih tidak tutup.

Mereka meneruskan kerja di Bayu Kasih. Seri dan rakan-rakan melakukan latihan persembahan yang unik untuk menarik pelancong agar menginap di Bayu Kasih Resort. Hasil dari kerja keras mereka melakukan promosi melalui internet.

Bermacam cara yang mereka lakukan seperti merakam permandangan indah di Bayu Kasih untuk dipromosikan ke laman sesawang. Mereka juga menerima tempahan yang banyak untuk cuti hujung tahun malah yang paling mengejutkan mereka mendapat tempahan dari pelancong dari agensi pelancongan Singapura dan lain-lain. Berita itu amat menggembirakan Azlan.

Satu hari berlaku kejadian tidak disangka apabila Seri terlepas bot untuk pulang ke tanah besar. Azlan yang kebetulan mahu keluar memancing, menghantar Seri dengan bot lajunya. Tiba-tiba bot laju Azlan rosak enjinnya di tengah lautan. Telefon Azlan pulak terjatuh dalam air ketika dalam kekalutan itu. Bot dibawa hanyut ke tengah lautan hingga terdampar ke sebuah pulau kecil tengah laut.

Ketika itu sudah malam. Terpaksalah mereka berteduh dan bermalam di pulau itu. Azlan yang ego dan Seri yang degil saling tidak sehaluan. Tapi akhirnya mereka akur yang mereka harus bersepadu untuk menyelesaikan kesukaran bersama.

Dari situ, mereka saling mengenali hati budi dan Azlan terasa seolah jatuh cinta terhadap Seri.

Keesokannya, mereka sama-sama mendayung boat dengan pendayung hingga sampai kembali ke seberang pulau. Di kampung itu, Azlan berkenalan dengan ayah dan ibu Seri. Azlan tersentuh hatinya melihat suasana kehidupan yang sungguh sederhana tapi bahagia walaupun mereka hidup dalam kemiskinan. Azlan juga kagum dengan usaha serta kerja keras bapa Seri.

Azlan seronok lihat keharmonian keluarga Seri. Mengenali keluarga Seri menambahkan rasa cinta Azlan terhadap Seri.

Azlan meluahkan rasa cinta terhadap Seri. Namun ketika itu muncul Soeraya yang mengundang perasaan serba salah di hati Seri untuk menerima lamaran Azlan. Dia lalu mengambil tindakan melarikan diri daripada berdepan kemelut itu. Hinggalah satu hari dia kembali untuk berdepan dengan kenyataan. Untuk mengetahui apakah kesudahannya saksikan telemovie menarik ini pada 14 Januari 2011 (Jumaat), jam 10.00 malam di TV2.

Irma Hasmie

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Chinese New Year celebration Sungei Wang Plaza

Gambar Faezah Ilai dengan Green Cheongsam Salikin Sidek