Lima pigmen rona yang mampu memberi kelembapan selama 24 jam berkenaan iaitu terdiri daripada pilihan dasar warna berani lagi menyerlah iaitu merah cili, merah bandung dan koral. Di formulasi jauh dari Itali, kandungan tekstur gincu bibir IrisA Cosmetics serasi dengan kulit bibir dan mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti cocoa butter dan minyak bungaan yang pasti memberikan kesan kelembapan dan matte di bibir si pemakai.
Sesuai dengan kematangan usia, variasi gincu bibir IrisA Cosmetics diabadikan di dalam bekas pewarna bibir yang lebih praktikal dan glam chic dengan menggunakan nama-nama filem Hollywood terkenal seperti Mean Girls, Bring It On, Legally Blonde, Hairspray dan Clueless.
Semua 5 variasi pewarna bibir IrisA Cosmetics telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pastinya dijamin Halal.
Meraikan ulang tahun pertama IrisA Cosmetics, jenama itu telah mengundang jurusolek professional pilihan wanita urban masa kini, Nad Ismail atau lebih dikenali dengan @NVDISM.
Nad Ismail telah menunjukkan tutorial solekan yang sempurna untuk sang gadis mahupun wanita bekerjaya dengan menggunakan 5 rona piilihan IrisA Cosmetics di hadapan rakan media dan tetamu undangan majlis berkenaan.
Acara penuh ekslusif dan lebih mesra ini turut menampilkan wajah-wajah popular di platform digital antaranya penyanyi Nourul Depp (@nouruldepp), pelawak terkenal Viviana Abdullah (@vivianaabdullah) dan bintang-bintang sosial media cantik menawan Myra Muzaffar (@myramuzaffar), Erysha (@eryshaemyra), Rafidah (@rafidaaaaaaaah) dan Nigeena (@nigeena).
IrisA Cosmetics diasaskan oleh 2 adik-beradik muda bergaya iaitu Iman, 18 dan Irisa, 16 dalam meneruskan legasi perniagaan milik kedua-dua ibu bapanya menerusi Serasi Global Sdn Bhd yang cukup dikenali dengan produk penjagaan kulit wajah dari bahan semulajadi dan organik, Serasi Handmade.
IrisA Cosmetics telah dilancarkan pada Oktober 2018 dan membawa misi untuk memperkembangkan formulasi produk kecantikan berasaskan bahan-bahan semulajadi dan dari tumbuh-tumbuhan, bebas paraben dan tidak diuji pada haiwan.
“Kami mahu menyemarakkan rovolusi dikalangan generasi muda untuk lebih berkeyakinan dan sentiasa percaya dengan kecantikan tanpa menjejaskan kualiti, etika dan nilai kehidupan sebenar.
“IrisA adalah glamor, berkuasa, berani, berdaya saing, berkeyakinan dan sentiasa meraikan silaturahim, cinta dan juga kehidupan,” kata dua beradik berkenaan.
Kemunculan IrisA Cosmetics juga diharap dapat melahirkan lebih banyak produk kecantikan sesuai untuk wanita yang mempunyai kulit sensitive tetapi tetap trendy selain mudah dibawa meskipun di dalam poket yang kecil.
Di awal kemunculan, IrisA Cosmetics telah hadir bersama 5 pewarna bibir Flux Matte Lip Cream, diikuti dengan pembayang mata Pressed Powder Eye Shadow dan diikuti Pressed Powder Highlighter.
Kesemua produk Irisa Cosmetics boleh didapati dalam harga mampu milik iaitu bermula dari RM33 sehingga RM188 .
INFO PRODUK
Our Lips Don’t Lie
IrisA Cosmetics menampilkan formula selembut sutera, kelembapan selama 24 jam, pigmen warna yang tahan lama tanpa merekah dengan kemasan matte di bibir, dibarisi warna-warna berani seperti merah cili, merah bandung dan koral yang sesuai untuk semua jenis kulit. Hadir dengan sentuhan mentega koko dan minyak ‘passion flower’, koleksi ini mampu memberikan kemasan matte yang menawan setiap kali gincu dioleskan. Serlahkan gaya jalanan anda dengan pilihan lima rona terbaru dari IrisA Cosmetics: Mean Girls, Bring It On, Legally Blonde, Hairspray and Clueless.
Mean Girls – Kemasan Matte
Kecapi keriangan kehidupan dengan Mean Girls. Tidak ambil peduli akan realiti dunia, dia seorang gadis yang berani dan optimis. Cabar diri anda untuk lebih berkeyakinan.
Rona: Pink Mauve.
Bring It On – Kemasan Matte
Si permaisuri jalanan yang bijak dan tidak gentar adalah sikap dirinya. Bring It On – Kehidupan pastinya penuh dengan cabaran, hadapinya dengan peniuh kepercayaan dan yakin diri. Cabar diri anda untuk lebih kuat.
Rona: Warm Pinky Nude.
Legally Blonde – Kemasan Matte
Dia seorang yang seksi, lucu tetapi berdedikasi dan Legally Blonde. Definisi primadona sebenar adalah dirinya sendiri. Dia adalah bintang. Cabar diri anda untuk lebih glamor.
Rona: Reddish Taupe.
Hairspray – Kemasan Matte
Yakin dengan diri sendiri, dia adalah letusan tenaga dan warna. Usah risau dengan rambut yang tidak kemas, Hairspray kan ada. Cabar diri anda untuk lebih positif.
Rona: Deep Plummy Beige.
Clueless – Kemasan Matte
Dia tidak pernah Clueless dengan apa yang dia mahukan dan terus mengejar impiannya. Dia gadis yang ceria menyinari kegembiraan di setiap langkahnya. Cabar diri anda untuk lebih teruja.
Rona: Firebrick Red
INFO IRISA COSMETICS
Produk IrisA Cosmetics boleh didapati di:
- PLAYUP ADVANCE
- Berjaya Times Square, Fahrenheit 88, Paradigm Mall JB
- MPLUS PHARMACY
- Bangsar Village 1
- MYSMINK
- Plaza Damas
Alamat rasmi IrisA Cosmetics: Serasi Global Sdn Bhd, 19-10, 19th Floor, Q Sentral, 2A Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470, Kuala Lumpur Malaysia
No telefon: +603 22764662
Email : [email protected]
Laman web: www.irisacosmetics.com
Instagram & Facebook : @irisacosmetics