in , ,

Irfan Haris Dedah Kisah Peribadi Dalam Single Terbaharu Berjudul BISIK

Penyanyi Muda Berbakat Besar Hadir Dengan Single Terbaharu Dalam Genre Balada Berkisar Tentang Rindu Yang Mendalam

Penyanyi remaja berbakat besar yang kini meningkat dewasa, terkenal dengan lagu-lagu nyanyiannya yang bernada ‘sendu’, Irfan Haris, hadir dengan single terbaharu berjudul ‘Bisik’, hasil ciptaannya sendiri bersama abang kandung, Haiqal Iskandar dan saudara rapat iaitu Ubaidillah, dan diterbitkan oleh label muzik paling berpengaruh negara, Rocketfuel Entertainment.

“Idea di sebalik penciptaan lagu ini tercetusnya hampir empat tahun yang lalu di mana saya sedang merasa sedih dan sangat down kerana sedang merindukan seseorang yang amat dalam”, luah adik kepada penyanyi popular, Amira Othman ini.

Selain sibuk dengan aktiviti kuliah di kampus, Irfan masih lagi memperuntukkan masa dalam kerja-kerja produksi muzik bersama abang dan saudaranya.

“Saya selesa bekerjasama dengan abang dan saudara sendiri kerana lebih selesa bekerjasama dengan mereka dan kami mempunyai chemistry dalam hal-hal berkaitan pembikinan lagu, ia mungkin kerana hubungan akrab yang sudah terjalin secara semulajadi sejak kecil lagi

“Haiqal dan saya menciptakan melodinya, manakala Ubaidillah pula bertanggungjawab menulis liriknya melalui naratif yang saya cuba saya sampaikan agar jalan cerita dan muziknya kedengaran serasi,” jelas pelajar jurusan Diploma Seni Hiburan di KDU University College ini.

Menurut Irfan, single ini sebenarnya berdasarkan kisah peribadinya pada suatu ketika dahulu, “Waktu itu saya baharu sahaja berpisah dengan seseorang yang amat dekat dengan hati saya, jadi cara saya meluahkan perasaan ketika itu adalah melalui penciptaan melodi yang spontan, saya ambil gitar dan terus memetiknya sehingga keluar muzik dengan sendirinya.

Bisik membawa maksud kata-kata berbisik pada diri sendiri apabila terlalu merindui seseorang yang amat dalam, bisikan pada hati tentang perasaan rindu sedangkan bekas kekasih telah pun mempunyai ‘orang’ baru.

“Lagu ini agak ‘sendu’ sesuai dengan mood yang saya cuba bawakan, dan saya teruja hendak kongsikannya bersama peminat,” kata Irfan lagi.

Irfan Haris Dedah Kisah Peribadi Dalam ‘BISIK’

Kebanyakkan karya-karya Irfan yang terdahulu sering berpaksi pada genre balada yang sememangnya sesuai dengan vokal yang dimilikinya sejak di awal kemunculan sebagai penyanyi.

“Bagi penghasilan pada kali ini, saya kembali pada genre yang rata-ratanya disukai peminat dan penggemar muzik kerana ternyata lagu-lagu sebegini mempunyai impak terhadap mereka yang mendengarnya.

“Proses rakaman dimulai dari jam 10 pagi sehingga 4 pagi keesokkan harinya kerana saya mahu lagu ini betul-betul ‘sampai’ ke hati pendengar.

“Walaupun proses rakamannya agak lama, saya sudah pun mengerti apa yang diperlukan kerana lagu ini sudah pun tercetus sejak tahun 2018 lagi,” jelas Irfan yang menganggap dirinya sebagai seorang yang menitikberatkan kesempurnaan, dalam kata lainnya, perfectionist.

Selain single yang dilancarkan, video muzik (MV) Bisik turut menemui peminat di laman YouTube dengan jalan ceritanya yang pasti menyentuh jiwa, kongsi Irfan, “Idea di sebalik MV ini juga datangnya dari saya sendiri, saya ingin berkongsi betapa murungnya jiwa seseorang lelaki itu apabila terlampau merindui bekas kekasihnya.

“Saya juga ingin mengetengahkan masalah depression buat penonton kerana pasti ramai yang boleh mengaitkannya dengan pengalaman sendiri, kerana cinta itu kadang-kadang hampir membuatkan kita kurang waras dan terus menjadi murung.

“Apa yang saya cuba sampaikan adalah permasalahan yang sering terjadi pada masa kini, mungkin agak berat bagi semua tetapi ketahuilah ada jalan keluarnya, iaitu masa.

Ketua Label & Penerbitan Rocketfuel Entertainment Malaysia iaitu Encik Erick Yew berkata, “Irfan Haris adalah artis muda yang mempunyai bakat nyanyian yang mampu menyentuh jiwa sesiapa mendengarnya, selain itu dia juga berkebolehan dalam bidang penciptaan lagu bersama ahli keluarganya sendiri.

“Jiwa seni yang lahir dalam dirinya jelas kelihatan selain kakaknya juga yang mempunyai bakat yang sama. Saya berharap agar Bisik dapat mengembalikan rindu peminat Irfan yang dambakan lagu-lagu sebegini darinya.

Walaupun hanya berusia 20 tahun, Irfan bercita-cita memiliki albumnya sendiri pada satu hari nanti, katanya penuh pengharapan, “Saya senang dapat berkongsi muzik yang saya suka untuk semua, niat saya adalah menghiburkan pendengar semua dengan lagu ciptaan saya yang dekat di hati, yang berbunyi ikhlas dan tidak dibuat-buat.

“Dan perkara yang menggembirakan saya adalah apabila lagu-lagu saya diterima dan ramai yang terhibur apabila mendengarnya kerana itu merupakan perasaan yang sukar saya gambarkan dari sudut positif.

“Saya berharap agar lagu Bisik ini dapat diterima semua kerana saya percaya ada yang terkesan dengan mesej yang cuba disampaikan, dan saya sangat-sangat berterima kasih di atas sokongan yang diberikan selama ini.

Lagu ‘Bisik’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian popular seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala MV single ini boleh ditonton oleh peminat secara eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network.

LIRIK LAGU BISIK

Artis : Irfan Haris

Penulis Lirik : Ubaidillah

Komposer : Irfan Haris & Haiqal Iskandar

Terbitan : Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd.

Sudah tiba waktu

Ku lepaskan kamu

Kerna jelas senyummu lebih ikhlas dengannya

Meski dia hadir dampingimu

Ketika kau dalam cintaku

Namun masih aku

Doa pada Tuhan

Tuk damaikan cerita kita di hujung jalan

Meski pecah hati mengharap kau

Yang tlah jadi milik yang lain

Oh bisik kepadaku

Khabar dirimu yang pergi jauh

Kerna aku rindu suara gurauan kamu

Bisikkan ku tentang rindu

Agar tenang hatiku menunggu

Ku menunggu waktu kau kembali

Tertunduk ku sedih pilunya terasa

Saat kau lambai dan pergi

Walau bayanganmu kabur dari mata

Tapi hatimu tetap di sini

Oh bisik kepadaku

Khabar dirimu yang pergi jauh

Kerna aku rindu suara gurauan kamu

Bisikkan ku tentang rindu

Agar tenang hatiku menunggu

Ku menunggu waktu kau kembali

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Lets Discover the Best of Langkawi for Your Dream Vacation

FARRA AHMAD

Jauh Darimu OST Drama RISIK PADA HATI Buat Farra Ahmad Menangis