in

Irama Kenyalang Variasi Lagu-Lagu Etnik Sarawak

Irama Kenyalang Mulai 17 September Janjikan Variasi Lagu-Lagu Etnik Sarawak di TV2

Mengetengahkan lagu-lagu daripada pelbagai etnik dan suku kaum di Sarawak, program Irama Kenyalang yang bakal menemui penonton mulai 17 September kelak, setiap Sabtu, jam 4.30 petang di TV2 pastinya menjadi daya tarikan terbaharu dalam menampilkan variasi program terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menerusi 13 episod siarannya, Irama Kenyalang berkongsi dengan semua penonton lagu-lagu dan klip video nyanyian penyanyi-penyanyi yang sememangnya terkenal di Bumi Kenyalang. Malah variasi lagu-lagu nyanyian mereka disampaikan menerusi dialek popular suku kaum Iban, Bidayuh, Kayan dan Penan.

Antaranya program ini membariskan kemuncuan artis Jerry Kamit (lagu Flora), Claudia Fay Geres (Lagu Permisi), Ethnic Transmission (lagu Tasik, Aku & Nuan / lagu Dara Iban Cina), Jeniffer Jack (Lagu Terima Kasih Sulu), Felicia Gek (lagu Pulai Meh Ka Kita Baru), Nai Dinamik (lagu Pugal), Piranha (lagu Memori Birayo), Suzie Ukong (lagu Amie) dan Prescilla Anis (lagu Pengerindu Mu Pengerindu Ku).

Menariknya penonton berpeluang mengenali dengan lebih dekat Kumpulan FM2 yang berasal daripada kaum Bidayuh dengan lagu Ragiee Taman Bunga berentak raggie. Tidak ketinggalan lagu bidayuh berirama pop rock dan Alternatif yang disampaikan oleh Piranha.

Program ini nyata membuka peluang kepada penonton menghargai bakat nyanyian penyanyi-penyanyi berasal dari Sarawak Bumi Kenyalang termasuklah si kecil molek Felicia Gek, artis tempatan Sarawak yang menyanyikan lagu lagu didalam bahasa etnik Sarawak yang pernah dinobatkan sebagai Juara Bintang RTM 2005.

Begitu juga kemunculan penyanyi Jeniffer Jack yang merupakan bekas ratu cantik kumang gawai dan Miss Teen Search Sarawak/Malaysia 2003. Bukan itu sahaja malah Jennifer turut mengembangkan bakat dalam bidang seni sebagai pelakon dan pengacara beberapa rancangan TV tempatan.

Justeru kepada anda yang berminat mahu menyaksikan program ini, luangkan masa anda menyaksikan program Irama Kenyalang mulai 17 September, setiap Sabtu, jam 4.30 petang di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dilema Anak Angkat Psiko Dalam Telemovie Sayang Ika

Karnival Zero Rempit Pertiga Pulau Pinang