Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, dia memilih untuk memberikan fokus kepada beberapa perniagaan yang kini diusahakan olehnya.
“Alhamdulillah, itu bermakna Allah sedang mengangkat darjat nama Iqram Dinzly, walaupun apa yang terjadi di dalam media sosial mesti akan bersangkut paut dengan saya, walaupun yang gila itu, Prince Chiki Dinzly.
– Iqram Dinzly
“Biarlah orang nak kaitkan saya dengan Fathia Latiff ke, dengan siapa ke. Alhamdulillah, kerana zaman sekarang orang kejarkan viral (tular) dan glamor, tapi macam saya tak kejarkan semua itu.
Yang penting ketika ini, saya duduk diam-diam untuk jadi ahli perniagaan yang berjaya. Itu saja fokus ketika ini,”
Iqram menegaskan, biarpun wajahnya kurang menghiasi kaca televisyen atau layar perak ketika ini, namun namanya kekal relevan dikalangan pengguna media sosial.
“Sebenarnya, nama saya sentiasa disebut-sebut dan ia dianggap sebagai salah satu anugerah daripada Allah. Ini yang mana, masih ramai yang mengingati saya walaupun sudah lama tidak terbabit dalam industri hiburan.
– Iqram Dinzly
“Terima kasih kepada netizen kerana sering mengaitkan nama Iqram Dinzly dengan mana-mana saja ‘kegilaan’ di kalangan masyarakat Malaysia,”
Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Iqram tampil dalam filem berjudul Korsakoff terbitan D’Alpha Legacy Sdn Bhd yang bakal bersiaran pada 14 Mac depan di saluran Astro First.
Filem Korsakoff berkisar kisah wanita kekurangan vitamin B1 yang diculik, difahamkan sudah meraih trofi Filem Psikologi Terbaik pada Festival Filem Dunia Cannes (CWFF).