Platform penstriman terkemuka Asia, iQIYI mengumumkan senarai tempatan Malaysia yang menarik untuk 2023 di Rumah Terbuka Raya ‘Jom Raya Setikar Bersama iQIYI’ baru-baru ini.
Platform penstriman tersebut bakal menyiarkan tiga judul Original dan Eksklusif tempatan serta rancangan aneka hiburan berkaitan makanan baharu bersama Grab Malaysia pada tahun ini.
Dinesh Ratnam, Pengurus Besar iQIYI Malaysia dan Pengarah Kanan Bahagian Perniagaan Antarabangsa berkata, “Sejak 3 tahun kebelakangan ini, kami telah berkembang dengan pesat dan meningkatkan kehadiran kami dalam pasaran Malaysia. Beberapa pencapaian penting diraih termasuk menjadi platform OTT #1 paling banyak dimuat turun di negara ini, pelancaran dua judul Original tempatan – Rampas Cintaku dan Sorry Naik Lori, mempertingkat pangkalan data pengguna kami kepada lebih 3.5 juta pengguna dan memacu peralihan penonton bukan berbangsa Cina untuk menikmati kandungan Bahasa Cina yang ditunjukkan menerusi peningkatan ketara penggunaan sari kata Bahasa Melayu sebanyak lebih dua kali ganda.â€
“Trajektori yang kami tuju sejajar dengan aspirasi kami untuk menjadi hab hiburan Asia kegemaran yang mempersembah kepelbagaian hiburan Asia. Di Malaysia, kami komited untuk terus menyumbang ke arah pertumbuhan dunia hiburan tempatan dengan terus melabur dalam penghasilan kandungan Original bersama rakan kongsi kami, selain memberi fokus kepada kandungan ‘hiperlokal’ dengan jalan cerita yang lebih berani dan lebih mengujakan, bukan sahaja untuk sajian tontonan rakyat Malaysia malah penonton global,†tambah Dinesh.
iQIYI akan Melancarkan Tiga Judul Original dan Eksklusif Tempatan pada 2023
Kembali atas permintaan ramai selepas kejayaan musim pertama yang membanggakan, kisah melodrama percintaan terhangat yang juga drama original tempatan pertama iQIYI ‘Rampas Cintaku’ telah sah disiarkan untuk musim kedua!
Hasil kerjasama dengan MIG Production dan Datuk David Teo untuk kali kedua, produksi untuk musim baharu kini dalam fasa penulisan skrip dan akan memulakan penggambaran pada bulan Jun dengan kembalinya Fasha Sandha sebagai Datin Safieya, bersama pelakon utama lain seperti Afieq Shazwan, Aidil Aziz, Ady Mohamed, Puteri Balqis dan Zarynn Min. Selain bakal menyajikan lebih banyak kelainan dari segi drama dan plot, seorang pelakon lelaki baharu sensasi bakal menyertai barisan pelakon bernama besar yang dijangka memberikan impak yang lebih mengujakan.
Dijadual untuk disiarkan pada suku keempat tahun ini, judul Eksklusif iQIYI, Fast Girls akan membawakan nafas baharu kepada arena drama Malaysia dengan memaparkan tema unik gadis bermotor yang jarang dipamerkan dalam kandungan tempatan.
Sukan permotoran dan genre perlumbaan memiliki rekod prestasi terbukti box office di Malaysia. Oleh itu, Fast Girls menawarkan pengalaman baharu kepada dunia sukan permotoran, dengan mengetengahkan i aspek persahabatan dan pemerkasaan wanita serta kisah percintaan peribadi, sekali gus menjadikan drama ini,drama wajib-tonton untuk tahun ini.
Barisan pelakon utamanya menampilkan Atikah Suhaime, Fify Azmi dan Melissa Campbell, yang disokong oleh Amir Hafis, Fizo Omar, Joshua Gui, Yusuf Amin dan ramai lagi.
iQIYI juga telah mengesahkan bahawa sebuah lagi drama original tempatan, Restu yang sedang dalam perancangan akan ditayangkan menjelang akhir tahun ini. Restu akan diterbitkan dengan kerjasama syarikat produksi ternama, Infinitus Entertainment dengan penggambaran bermula pada separuh kedua 2023.
Taruhan satu lagi melodrama percintaan, Restu mengisahkan tentang seorang bapa tunggal yang bergelut untuk membesarkan anak perempuannya dengan bantuan pengasuhnya, Janna. Pada masa sama, dia didambakan oleh 3 wanita – kawan rapat kepada arwah isterinya, rakan sekerja yang prihatin dan seorang pelakon hot – semuanya bersaing untuk menjadi isteri barunya.
Apa yang mereka tidak sedar ialah untuk memenangi hatinya, mereka perlu meyakinkan anak perempuannya terlebih dahulu.
Selain itu, iQIYI juga bekerjasama rapat dengan Media Prima untuk membawakan drama terbaru terbitan Media Prima ke platform iQIYI dengan menawarkan kebebasan kepada penonton menikmatinya pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Terdapat banyak drama Melayu yang telah mendapat rating tertinggi di TV3, boleh ditontondi aplikasi iQIYI atau iQ.com sejam selepas disiarkan di slot TV3.
iQIYI Bekerjasama dengan Grab Malaysia untuk Melancarkan Rancangan Aneka Hiburan Baharu
Dinesh turut berkongsi mengenai komitmen berterusan iQIYI terhadap advertainment dan ini ditunjukkan melalui hasil kolaborasi bersama Grab Malaysia. Rancangan aneka hiburan berjenema baharu yang dikenali ‘5-Star Hunter Bersama GrabFood’ akan disiarkan secara eksklusif di iQIYI dan bakal menampilkan peniaga GrabFood yang berstatus 5-bintang di seluruh negara.