in , ,

iQIYI Umum Strategi Antarabangsa Tahun 2024 di Asia TV Forum

Peneraju penstriman Asia dedah perkongsian strategik dan senarai kandungan bersama Lembaga Pelancongan Singapura dan syarikat produksi terkemuka dari Thailand dan Malaysia

Peneraju penstriman Asia, iQIYI menganjurkan Persidangan Antarabangsa iJOY 2024 “Grand Reveal” bersempena Asia TV Forum pada 6 Disember. Acara berkenaan dimulakan dengan meraikan sambutan pentingnya yang telah membawakan 500 rancangan membabitkan jumlah siaran pengalaman hiburan premium keseluruhan 6,000 Jam kepada peminat rancangan TV dan filem sepanjang 2023. 

Ia diikuti pengumuman menarik mengenai rancangan iQIYI untuk membawakan 280 drama, filem, rancangan pelbagai bahasa Cina baharu, bersama-sama dengan 35+ karya original dan siri berlesen daripada rantau Asia Tenggara untuk tempoh dua tahun akan datang.

iQIYI Umum Strategi Antarabangsa Tahun 2024 di Asia TV Forum

Yang Xianghua, Presiden Kumpulan iQIYI bagi Perniagaan Antarabangsa dan Filem, berkata: “iQIYI telah mencapai kejayaan yang tidak ternilai selepas meneroka dan menguji pasaran luar negara selama tiga tahun. Ia telah mengesahkan populariti dan pengaruh produksi original di luar China, serta bagaimana model perniagaan China boleh diterima pakai di pasaran antarabangsa. Kami juga menjangkakan pertumbuhan positif dalam pendapatan tahunan dan keuntungan bagi perniagaan luar negara pada tahun 2023. Bagi mencapai sasaran yang lebih tinggi, iQIYI akan melancarkan lebih daripada 280 filem, drama bersiri, rancangan aneka ragam dan program kanak-kanak berbahasa Cina. Kami akan memberi tumpuan kepada tiga bidang strategik termasuk ‘berorientasikan fantasi’, ‘kisah percintaan lebih matang’, dan ‘sweet crush’ untuk memenuhi keperluan emosi penonton antarabangsa kami.

iQIYI Umum Strategi Antarabangsa Tahun 2024 di Asia TV Forum

Pada masa yang sama, adaptasi antarabangsa Youth With You juga akan dilancarkan di seluruh dunia.

Pengeluar karya blockbuster Danger Zone, Lesson in Love dan Oh No! Here Comes Troubles akan terus menggunakan pendekatan ‘kualiti dan kuantiti’ serta melabur bagi menghasilkan hampir 30 karya original serta rancangan berlesen dari pasaran Taiwan untuk mengukuhkan lagi aspek kepimpinan kandungan bahasa Cinanya. Antaranya, siri paling dinanti-nantikan, Not a Murder Storyyang akan ditayangkan pada Januari 2024.

Dalam usaha untuk mengukuhkan lagi kehadirannya di Asia Tenggara, iQIYI akan menyusun lebih daripada 12 karya Original Tempatan berbahasa Melayu dengan tayangannya dijadualkan pada 2024, termasuk siri terkenal Rampas Cintaku musim kedua, yang juga karya original bahasa Melayu pertama iQIYI. Rampas Cintaku mengakhiri musimnya dengan kejayaan yang memberangsangkan apabila meraih lebih 100 juta tontonan digital di seluruh dunia. Platform penstriman itu akan terus bekerjasama dengan pembikin terkemuka di Malaysia, antara lain seperti MIG Productions dan Infinitus untuk membawa lebih banyak kandungan Malaysia kepada khalayak global.

iQIYI Umum Strategi Antarabangsa Tahun 2024 di Asia TV Forum
iQIYI and MIG Productions Panel Talk

Mengenai perancangan bagi Malaysia, Ketua Kandungan Original iQIYI Malaysia, Zebedee De Costa berkongsi bahawa iQIYI sedang mewujudkan ruang tersendiri dengan bukan hanya melengkapkan tawaran kandungan sedia ada di pasaran seperti karya untuk dewasa muda popular, tema keluarga dan genre percintaan, malah merancang membawakan jalan cerita bergenre serta lebih beraniyang jarang dapat disaksikan di siaran TV tradisional pada hari ini.

Di Thailand, iQIYI akan menampilkan empat produksi original Thai dan 20 rancangan baharu daripada syarikat produksi terkemuka seperti One31, Star Hunter Entertainment, Studio Wabi Sabi, Mandee Work, Me Mind Y, Change 2561 bagi membawakan karya yang terbaik dari Thailand kepada penonton Gen Z global.

iQIYI Umum Strategi Antarabangsa Tahun 2024 di Asia TV Forum

“Poppy” Parnsuk Tongrob, Pengarah Negara iQIYI Thailand berkata, iQIYI berhasrat untuk membawakan siri tanpa sempadan, melangkaui halangan bahasa, batasan genre dan melebihi jangkaan peminat. Beliau turut mengumumkan khabar menarik untuk 2024 yang akan menyaksikan karya original pertama Thailand, My Stand-In akan dilancarkan secara global pada Musim Bunga akan datang, manakala City of Stars dan Sunset x Vibes yang dihasilkan Star Hunter bakal tersedia secara eksklusif di iQIYI pada 2024.

iQIYI Umum Strategi Antarabangsa Tahun 2024 di Asia TV Forum

Persidangan Antarabangsa iJOY 2024 “Grand Reveal” berakhir penuh meriah dengan majlis pemeteraian perjanjian yang disertai Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Juliana Kua, Penolong Ketua Eksekutif Kumpulan STB bagi Pasaran Antarabangsa berkata, “STB berbesar hati meneruskan perkongsian kami dengan iQIYI untuk tempoh tiga tahun lagi. Ia akan membolehkan kami terus memasarkan Singapura kepada khalayak sasaran utama kami menerusi barisan kandungan hiburan yang mantap daripada iQIYI, termasuk jangkauan penonton mereka di China dan banyak pasaran antarabangsa yang lain. Kami tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan iQIYI bagi untuk menonjolkan Singapura sebagai destinasi yang menarik dengan cara yang tulen dan menarik, selain bersama-sama mewujudkan kempen untuk memberi inspirasi perjalanan menarik ke Singapura.

iQIYI Umum Strategi Antarabangsa Tahun 2024 di Asia TV Forum

iQIYI melancarkan “iQIYI International”, www.iq.com dan aplikasi antarabangsa, perkhidmatan yang disesuaikan untuk penonton global menerusi rancangan TV dan filem Asia sebagai tawaran teras. iQIYI International boleh diakses menerusi hampir semua peranti yang disambungkan ke Internet, merentasi 190+ wilayah di dunia, dengan UI dan sari kata membabitkan 12 bahasa termasuk Cina Ringkas dan Tradisional, Inggeris, Melayu, Thai, Vietnam, Korea dan Sepanyol. Ia menyediakan perkhidmatan kepada lebih 100 Juta pengguna dengan lebih 1,700 siri drama, rancangan aneka ragam, anime dan 2,000 filem. iQIYI menguruskan operasi luar negaranya menerusi dua ibu pejabatnya di Beijing dan Singapura, dengan menyediakan fungsi bebas untuk kandungan, produk, R&D, keahlian, jualan iklan dan pemasaran. iQIYI juga memiliki pejabat domestiknya yang berpangkalan di Thailand, Malaysia dan Amerika Utara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Harap Allah Ambil Juna Lekas-Lekas,” – Fynn Jamal Akui Tak Minat Hidup Lama

Konsert Wali Cari Jodoh & Dawai In Penang Fadhilah Intan, Saixse & Khai Bahar