Dengan visi bersama untuk menyumbang ke arah pemulihan ekosistem kandungan Asia yang dikuasakan oleh minda kreatif Malaysia, platform penstriman video atas permintaan pan-Asia terkemuka, iQiyi telah bekerjasama dengan syarikat produksi tempatan, Longhouse Films melancarkan My Ofis pada 26 Mei 2022.
Disepadankan dengan konsep e-dagang menerusi Kod QR, My Ofis adalah drama komedi bertemakan pejabat eksklusif global iQiyi global unik yang diselaraskan untuk membuka jalan ke arah ekosistem penggunaan kandungan baharu menerusi konsep “tonton, imbas & beli”.
Konsep yang baharu diperkenalkan ini memberi kuasa kepada penonton untuk membuat pembelian dengan mudah dengan paparan produk-produk di skrin yang disepadukan dengan iklan secara serta-merta untuk memudahkan urusan pembelian dan jualan. Dengan ekosistem e-dagang yang dikuasakan oleh JOCOM: YOUR POCKET SUPERMARKET, penyedia aplikasi e-dagang tempatan, pengguna boleh mengimbas kod QR yang muncul semasa tontonan drama dan mereka akan terus dibawa ke laman e-dagang di aplikasi JOCOM pada telefon pintar mereka untuk membuat pembelian dan penghantaran terus ke rumah.
“Bersama-sama dengan rakan kongsi kami Longhouse Films dan JOCOM, kami berusaha ke arah membentuk ekosistem kandungan baharu yang sesuai untuk era digital terkini yang memperkasakan pendigitalan jenama dan perniagaan tradisional menerusi segmen hiburan. My Ofis akan membuka ruang dan peluang dalam menghubungkan segmen hiburan dan e-dagang dan sekaligus menyokong jenama, pengiklan dan pemasaran tempatan,” kata Dinesh Ratnam, Pengurus Negara iQiyi Malaysia, Singapura dan Brunei pada sidang media My Ofis yang berlangsung di EQ Kuala Lumpur, rakan lokasi rasmi sidang berkenaan.
iQiyi dan Longhouse Films komited untuk menyumbang ke arah menghidupkan semula ekosistem kandungan Asia, yang dikuasakan oleh minda kreatif Malaysia. Kerjasama seiring di antara, organisasi berkenaan adalah dengan hasrat menonjolkan Malaysia dalam ekosistem kandungan pan-serantau dengan memanfaatkan capaian global iQiyi merentasi 191 negara serta keupayaan dan rangkaian hubungan antarabangsa Longhouse Films bagi penghasilan kandungan hiburan premium Malaysia.
“Longhouse Films diasaskan untuk membawa kembali bakat Malaysia di luar negara dan bersama-sama mempersembahkan karya terbaik Malaysia kepada dunia. Sebab mengapa kami dipanggil Longhouse (rumah panjang) kerana rumah panjang adalah tempat orang ramai dan keluarga berkumpul untuk bekerjasama serta berkongsi. Dengan 20 tahun pengalaman dari pengasas Longhouse Films Jon Chiew, the penerbit My Ofis Jet Chiew dan saya dalam pengurusan bakat, pengedaran dan kepakaran produksi, kami menyasarkan untuk membentuk landskap kandungan genre dan pengalaman baharu untuk penonton di Asia Tenggara, sambil mewujudkan ekosistem yang mampan dalam industri kreatif Malaysia. My Ofis juga menjadi bukti komitmen kami untuk meletakkan Malaysia di peringkat dunia, seterusnya mempamerkan bakat, budaya dan bahasa tempatan kepada penonton antarabangsa. Kami juga akan melancarkan My Ofis: Musim 2 tidak lama lagi. Oleh itu, saya membuka peluang bagi mana-mana syarikat perniagaan yang berhasrat untuk mendigitalkan produknya,” kata Dianne Tan, Pengarah Urusan, Longhouse Films.
Dengan tayangan perdana pada 26 Mei 2022, My Ofis adalah drama komedi bertemakan pejabat yang mengisahkan cabaran seorang pelatih, Jasper, seorang anak muda yang bercita-cita menjadi bintang rock, namun terpaksa mengetepikan impian kemasyhuran kumpulan heavy metal-nya demi menjaga neneknya yang sudah berusia dengan memilih untuk menyertai dunia korporat. Kemudian, Jasper berdepan situasi ‘huru-hara’ dan pelbagai cabaran di tempat kerja, krisis percintaan dan cabaran politik pejabat, sambil mendambakan kehidupan popular di atas pentas.
Kisah Malaysia moden 100% dengan elemen tempatan, My Ofis ini bakal membuatkan penonton merasa cukup sinonim dan akan menjadi judul eksklusif global iQiyi, mencerminkan kehidupan kembali ke pejabat selepas dua tahun berdepan pandemik. Didukung oleh bintang-bintang dan bakat tempatan terbaik sama ada di dalam dan di luar skrin, My Ofis menampilkan Aeril Zafrel, Kahoe Hon, Nasz Sally, Alvin Wong, Sherwyn Pang, Pearlly Chua, Sharifa Zhaharah Said Jan Aljeffri, Roana Bugo, Kryston Yang, Rezki Khirat dan ramai lagi.