Peneraju penstriman Asia, iQIYI bekerjasama dengan Grab Malaysia untuk melancarkan rancangan aneka hiburan baharu 5-Star Hunter Bersama GrabFood.
Rancangan ini menandakan kemunculan rancangan aneka hiburan berjenama pertama iQIYI, selaras dengan usaha mereka untuk menempatkan diri dalam landskap pengiklanan kontemporari, yang dikenali sebagai advertainment, sekali gus merintis domain yang masih belum diterokai untuk membina kesedaran jenama.
5-Star Hunter Bersama GrabFood akan ditayangkan bermula hari ini 2 Jun 2023 secara eksklusif di iQIYI.
Disiarkan dalam format ulasan makanan dan rancangan memasak all-in-one, rancangan ini menampilkan cef selebriti Malaysia, Chef Fikree yang akan disertai oleh beberapa blogger makanan dan selebriti tempatan yang akan merentasi bandar-bandar di Malaysia untuk mencuba pelbagai hidangan asli dari restoran 5-Bintang GrabFood.
Dinesh Ratnam, Pengurus Besar iQIYI Malaysia dan Pengarah Kanan Bahagian Perniagaan Antarabangsa, “Kami sangat teruja untuk bekerjasama sekali lagi dengan GrabFood Malaysia yang merupakan rakan kongsi popular kegemaran ramai untuk menghasilkan rancangan aneka hiburan berjenama tempatan sulung kami. Dalam bidang hiburan, platform over-the-top (OTT) seperti iQIYI telah muncul sebagai pemangkin penting yang mendorong pertumbuhan industri hiburan tempatan, menawarkan pelbagai jenama laluan baharu untuk mewujudkan hubungan yang lebih rapat dengan pengguna mereka. Pendekatan inovatif ini membolehkan mereka menjangkaui kaedah pengiklanan tradisional disamping mengetengahkan tawaran mereka dengan cara yang sangat menarik dan dengan pengaruh yang lebih berkesan kepada penonton.”
Rancangan ini membawa kitaran unik kepada kategori rancangan aneka hiburan kerana ia membawa anda ke belakang tabir penghasilan makanan kegemaran ramai, selain menampilkan cerita tentang pemilik kedai.
Sementara itu, format rancangan ini akan menampilkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh GrabFood, sekaligus memberikan pengalaman unik kepada penonton.
Ini melangkaui kaedah pengiklanan konvensional, kerana GrabFood mengintegrasikan perkhidmatan mereka dengan lancar ke dalam pengisian kandungan rancangan, seterusnya memberikan pengalaman jenama yang unik dan mengasyikkan.
5-Star Hunter Bersama GrabFood menampilkan enam episod berdurasi 15 minit yang akan menyaksikan Chef Fikree dan tetamu selebriti istimewanya mengembara ke pelbagai negeri di seluruh Malaysia untuk melawat restoran 5-Bintang GrabFood, bertemu dengan individu di sebalik tabir bagi mengetahui sejarah sesebuah lokasi berkenaan dan hidangan yang membuatkan mereka terkenal.
Kemudiannya, hidangan terkenal itu akan dicuba oleh mereka. Plot? Chef Fikree kemudiannya akan mencabar tetamu selebritinya untuk menghasilkan hidangan sama sebaik mungkin, seterusnya hidangan terbabit akan dihidangkan kepada 2 tetamu secara rawak di restoran untuk dinilai! Siapakah yang akan berjaya? Chef Fikree atau selebriti undangannya?
Tonton 5-Star Hunter Bersama GrabFood di iQIYI untuk peluang memenangi baucar GrabFood. Bermula 3 hingga 18 Jun 2023, iQIYI akan menawarkan baucar GrabFood bernilai RM50 kepada semua penontonnya.
Caranya mudah, hanya ikuti iQIYI di semua laman media sosial mereka dan nantikan posting pemberian hadiah, jawab beberapa soalan trivia berdasarkan 5-Star Hunter Bersama GrabFood, dan itu sahaja! Jadi, jangan lupa menyaksikan siri baharu yang ‘lazat’ ini.
5-Star Hunter Bersama GrabFood akan ditayangkan mulai 2 Jun secara eksklusif di aplikasi iQIYI dan iQIYI International (www.iq.com)