in , ,

iQiyi Kini Disiarkan Secara Dolby Demi Pengalaman Penstriman Video

Dolby Vision dan Dolby Atmos kini boleh dinikmati melalui aplikasi iQiyi versi global!

iQiyi, plaform peneraju penstriman hiburan Asia menampilkan Dolby Vision dan Dolby Atmos di aplikasi iQiyi versi global yang kini tersedia di 191 buah negara termasuk Malaysia.

Ini adalah sebahagian daripada usaha iQiyi untuk mengekalkan momentum penambahbaikkan serta memberikan lebih nilai tambah untuk penonton-penonton di seluruh dunia. Dolby Vision akan menghasilkan imej yang amat jelas — memberikan kecerahan, kontras, warna, dan perincian yang hebat untuk menghidupkan lagi tayangan yang sedang ditonton. Sementara itu, Dolby Atmos pula akan memberikan pengalaman tontonan yang lebih mengasyikkan dengan sistem bunyi yang bakal membuatkan anda berada di set lokasi filem atau drama yang sedang ditonton. Para pelanggan iQiyi global yang mempunyai peranti yang bersesuaian kini boleh menikmati program-program dari Asia dengan kualiti audio dan video yang hebat ini pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

iQiyi Kini Disiarkan Secara Dolby untuk Meningkatkan Pengalaman Penstriman Video

Menurut Kuek Yu-Chuang, Naib Presiden Perniagaan Antarabangsa iQiyi,

“Kerjasama ini adalah satu pencapaian utama bagi iQiyi sebagai rakan kerjasama platform penstriman dari Asia ke pentas antarabangsa bersama Dolby. Dengan mempertingkat daya tarikan kami di persada antarabangsa serta dengan kemajuan teknologi hiburan di rumah yang semakin canggih dan mudah diakses, kami ingin menawarkan sesuatu yang melangkaui jangkaan para pelanggan kami dari kedua-dua aspek iaitu kualiti dan pengalaman tontonan.”

“Dengan peningkatan permintaan dari pasaran antarabangsa terhadap senarai tontonan Asia – sama ada senarai tonton dari Korea, Cina dan Asia Tenggara — iQiyi merasa bangga menjadi platform kelahiran Asia untuk memberikan pengalaman tontonan terbaik kepada penonton di seluruh dunia.”

Kuek Yu-Chuang

Pankaj Kedia, Pengarah Urusan, Penerokaan Pasaran baharu Dolby Laboratories berkata,

“Dengan peningkatan permintaan hampir 250%* untuk televisyen baharu yang dilengkapi dengan Dolby Atmos, serta peningkatan 120%* untuk Dolby Vision setiap tahun, semakin ramai pengguna yang memilih untuk hiburan hebat yang dibawakan oleh teknologi Dolby. Kami berasa amat teruja apabila iQiyi menampilkan Dolby Vision dan Dolby Atmos sebagai sebahagian daripada usaha memperkembang sayap antarabangsanya di Asia Tenggara. Dengan integrasi ini, para pengguna yang mempunyai televisyen, telefon mudah alih dan tablet yang dilengkapi teknologi Dolby kini boleh menikmati hiburan terbaik iQiyi dengan kesan khas Dolby, tidak kira dimana-mana sahaja.”

Pankaj Kedia

Salah sebuah siri Original yang tersedia dalam kesan khas Dolby Atmos adalah The Ferryman: Legends of Nanyang. Siri ini juga tersedia dalam kualiti 4K dan ini mencerminkan dedikasi iQiyi untuk menzahir dan menyokong karya-karya oleh para produksi dari Asia. Siri Original ini adalah terbitan iQiyi sulung dari Asia Tenggara yang menampilkan barisan pelakon terkenal Singapura seperti Lawrence Wong, Qi Yuwu, Tay Ping Hui serta Jeanette Aw yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Para selebriti tempatan yang lain seperti Jojo Goh, Lim Ming Zhen dan Koe Yeet juga akan turut tampil di sepanjang siri tersebut.

Lebih banyak program-program dalam Dolby Atmos dan Dolby Vision bakal menyusul di platform digital iQiyi, dengan himpunan senarai tontonan yang semakin bertambah dalam masa beberapa bulan yang akan datang.

iQiyi Kini Disiarkan Secara Dolby untuk Meningkatkan Pengalaman Penstriman Video

Pengumuman ini adalah susulan pelancaran Uni-Icon Entertainment, sebuah kerjasama agensi pengurusan bakat untuk mencungkil dan mempromosi pelakon-pelakon dari Asia Tenggara. Agensi ini bermatlamat untuk membantu individu berbakat di rantau ini untuk melangkah masuk ke pasaran yang lebih meluas, sekaligus melonjakkan nama mereka. Baru-baru ini, iQiyi turut mempersembahkan Asian Romance Collection yang memberi sorotan kepada tujuh buah rancangan SWEET ON Chinese Originals. Ini ditambah dengan tayangan drama romantik Korea iQiyi Original iaitu My Roommate is a Gumiho.

Sebagai sebuah platform penstriman kelahiran Asia, iQiyi menyedari kepentingan untuk menampilkan kisah dan cerita dari rantau Asia. Oleh itu, iQiyi sentiasa berusaha mencari rakan-rakan kerjasama yang berkongsi matlamat yang sama.  Justeru, iQiyi memperkukuhkan komitmen ini dengan berganding bahu bersama Media Prima pada Julai tahun lalu untuk menyiarkan drama-drama bersiri tempatan popular di iQiyi. Ini disertai dengan pelancaran ruangan khas drama Melayu yang diberi nama, Local di aplikasinya dan juga laman web www.iQ.com/local

Beberapa inisiatif yang lain termasuklah kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk sebuah kempen anti cetak rompak, #JanganTontonHaram yang bertujuan untuk menggalakkan sokongan daripada orang ramai dalam menangani  jenayah pencurian kandungan dan cetak rompak digital, serta juga program “iQiyi Bersama Rakyat” untuk memberikan sokongan dan mempercepatkan usaha imunisasi yang diterajui oleh Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19  (CITF).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kak KM Buat Ibu Sebak, Hadiahkan Gelang Emas Hampir RM100,000

Dolla Lancar Single BERANI, Mahu Industri Animasi Malaysia Terus Berkembang Maju