Platform penstriman terkemuka Asia iQIYI bekerjasama dengan Grab Malaysia akan menayangkan siri mini bertema Malaysia baharu, #CedokLife, yang akan bersiaran secara eksklusif di iQIYI bermula 16 September 2023, bersempena dengan sambutan Hari Malaysia.
#CedokLife menampilkan pandangan dalaman tentang pengalaman harian rakyat Malaysia melalui lensa pemandu dan rakan kongsi penghantaran Grab. Menyorot kisah beberapa watak utama, rancangan ini memaparkan harapan dan aspirasi individu-individu ini serta menonjolkan interaksi harian dan kes penipuan yang mereka hadapi sebagai pemandu atau penghantar Grab.
Untuk memberikan sekilas gambaran mengenai produksi tempatan, pemandu dan rakan kongsi penghantaran Grab akan disajikan dengan pratonton eksklusif episod pertama siri itu, bersama Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil yang akan menyerikan acara itu pada 12 September 2023.
Menggariskan kerjasama ini sebagai langkah yang bersesuaian untuk industri, YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital berkata, “Malaysia terdiri daripada berbagai suku kaum etnik yang berbeza latar belakang, budaya dan kisah peribadi. Hakikat bahawa Grab dan iQIYI telah bekerjasama untuk menghidupkan kisah mereka memberikan impak positif bahawa kerjasama ini bukan sahaja dapat memupuk industri filem tempatan tetapi juga untuk membantu berkongsi cerita harian Malaysia dengan penonton yang lebih luas. Mereka ini benar-benar mencerminkan nilai teras kebersamaan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap perkhidmatan yang cemerlang, dan semasa kita menyambut Hari Malaysia, saya menggalakkan kita semua untuk menghayati nilai-nilai inspirasi ini, yang dihidupkan melalui kerjasama ini”.
Walaupun bersifat komedi, siri ini turut menekankan kisah sebenar yang mencerminkan budaya dan identiti Malaysia, menyerlahkan maksud sebenar menjadi rakyat Malaysia dan bagaimana kehidupan kita saling berkaitan melalui orang yang kita temui setiap hari.
Sejajar dengan penghayatan rasa Malaysia yang sejati, #CedokLife menampilkan barisan bakat-bakat baru dalam industri hiburan tempatan yang pernah membuat penampilan dalam pelbagai filem dan siri TV tempatan.
Dinesh Ratnam, Pengurus iQIYI Malaysia dan Pengarah Kanan Jabatan Perniagaan Antarabangsa berkata, “Kami sangat teruja untuk sekali lagi bekerjasama dengan Grab Malaysia sebagai rakan kongsi kami untuk siri mini khas bersempena Hari Malaysia. Sewaktu kita bersatu untuk meraikan pelbagai aspek kehidupan Malaysia, #CedokLife memberi peluang kepada kita untuk meraikan wira-wira yang tidak didendang yang telah membentuk cara hidup Malaysia hari ini dan mengenali apa yang menjadikan Malaysia benar-benar unik; rakyatnya. Selain itu, kami juga gembira kerana dapat memberi peluang kepada barisan bakat baru Malaysia untuk menyertai industri pembikinan filem dan hiburan dengan kandungan seperti #CedokLife, menampilkan mereka sebagai pelakon utama”.
Siri ini juga menonjolkan peranan penting yang dimainkan oleh pemandu dan rakan kongsi penghantaran dalam kehidupan kita sehari-hari. Dengan jalan cerita dari sudut perspektif mereka, kita dapat melihat pertemuan dan interaksi mereka, baik atau buruk, atau kisah yang menarik untuk diceritakan.
Adelene Foo, Pengarah Urusan Grab Malaysia berkata, “Saat kita meraikan kelahiran negara tercinta, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi penghormatan kepada wira-wira tidak didendang yang tanpa jemu berkhidmat di barisan hadapan dalam kehidupan kita sehari-hari – pemandu dan rakan kongsi penghantaran Grab. Dedikasi mereka yang tidak berbelah bahagi untuk mengejar impian, tanpa mengira halangan atau cabaran, benar-benar mencerminkan ciri rakyat Malaysia – dan kami ingin mempamerkannya dengan bangga. Acara hari ini hanyalah satu aspek penghargaan kami. Kami komited untuk memupuk komuniti rakan kongsi yang kukuh yang menyentuh kehidupan orang di sekeliling mereka, dan memperkasakan mereka untuk menjadi pemangkin perubahan sosial positif yang memacu Malaysia ke hadapan.
Dari aspek lain, #CedokLife mempamerkan satu lagi cara untuk mengetengahkan pekerja ekonomi gig sebagai satu cara untuk memperoleh pendapatan atau pendapatan sampingan sambil mengejar impian dan aspirasi mereka, sekaligus memberi kesan positif kepada kehidupan seharian rakyat Malaysia.
Tayangan perdana secara eksklusif #Cedoklife pada 16 September di aplikasi iQIYI dan iQIYI International (www.iq.com).
Mengenai #CedokLife
#Cedoklife adalah siri mini 6 episode yang diinspirasikan oleh para pemandu dan rakan kongsi penghantaran Grab. Asri, seorang rakan pemandu Grab yang bercita-cita tinggi berusaha untuk membantu keluarganya. Sahabatnya Ravin pula sedang mengejar impian untuk memenangi pertandingan Parkour di Tokyo. Pada masa yang sama, mereka cuba membantu Aunty Atizah yang mengahadapi pelbagai cabaran dalam mengusahakan gerai makan. Rancangan ini diterbitkan oleh Creative Stew dan diarahkan oleh Waan Hafiz. Para pelakon menampilkan bakat barisan baru dalam industri hiburan Malaysia seperti Faha Azhar, Sathis Varan, Ku Farisah, Hana Tiha, Nick Davis, dan Alynn Techen.