Umum mengetahui bahawa percintaan di antara jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) bersama bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli mendapat tentangan daripada anak perempuan DSV iaitu Cik B disebabkan faktor perbezaan umur yang terlalu jauh.
Ditawar Kereta Bernilai RM3 Juta
Terbaru, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Iqbal berkata selepas dia menarik diri, Vida menawarkan kereta mewah Bentley bernilai RM3 juta.
Bagaimanapun, Iqbal berkata nilai tersebut tidak dapat membeli hati dan kejujurannya yang telah dikhianati.
Ujarnya, jika ada janda hadiahkan basikal dia sanggup menerima dan berkahwin dengan wanita tersebut asalkan ikhlas menyayangi dirinya.
“Setelah saya tarik diri, semalam pihak Dato Seri Vida tawarkan saya kereta idaman saya, Bentley yang bernilai RM3 juta.
“Nilai ini tidak boleh dibeli hati dan kejujuran saya yang telah dikhianati. Jika ada janda beri hadiah basikal pun saya sanggup berkahwin andai keikhlasan dan ketelusan menyayangi saya.”
– Iqbal
“Jika ada janda beri hadiah basikal pun saya sanggup berkahwin andai keikhlasan dan ketelusan menyayangi saya,”
– Iqbal
Sementara itu, dalam satu entri lain, Iqbal berkata dia sanggup menerima jika kekasihnya seorang pelacur atau seorang yang miskin asalkan ikhlas.
“Bagi saya, anda kekasih saya seorang pelacur, atau seorang yang miskin sekalipun, tidak terlalu rupawan, saya boleh terima. Tetapi jangan kurang satu perkara, iaitu ketelusan. Saya tidak terlalu baik namun saya tidak pernah mempergunakan wanita,” katanya.
– Iqbal
Media pernah melaporkan Cik B meluahkan rasa tak setuju terhadap perkahwinan DSV dan Iqbal disebabkan hubungan beliau dan Iqbal tidak sehaluan dan sering bergaduh.