Fara yang hadir bersama peguam syarienya, berharap agar suaminya itu dapat menghadirkan diri ke mahkamah pada prosiding seterusnya dan menyelesaikan kes ini dengan cara yang baik.
“Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
“Macam mana dia nak saya datang kes dia, begitulah saya juga mahu dia datang kes saya,” katanya.
Tak Dapat Hubungi Anak
Selain itu, Fara turut memberitahu bahawa dia masih tidak dapat menghubungi anaknya menerusi Ippo.
“Call tak angkat, mesej tak reply, memang saya tak dapat bercakap dengan anak-anak,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Rizal Mazli yang mewakili anak guamnya berkata tuntutan nusyuz yang dibuat Ippo sebelum ini tidak selari dengan tujuannya apabila dia juga difahamkan tidak memainkan peranan yang baik sebagai suami.
“Bila dia (Ippo) dah failkan nusyuz, bermaksud dia mahu isteri kembali taat kepadanya, namun dia juga tidak memainkan peranan sebagai suami apabila mengelakkan diri apabila isteri cuba untuk hubungi anak-anak, jadi tak selarilah tujuan dia memfailkan kes tersebut.
“Kami harap dia bakal hadir pada kes sebutan minggu hadapan supaya kita boleh selesaikan dengan cara baik dan penghantar saman mahkamah dah sempurnakan tanggungjawab untuk menghantar saman kepadanya,” ulasnya.
Dalam pada itu, Fara turut enggan mengulas lanjut mengenai tuntutan nusyuz yang difailkan Ippo sebelum ini dan menyerahkan segalanya kepada pihak mahkamah.
“Itu saya tak boleh nak ulas sekarang sebab kami masih lagi menunggu kes, nanti dia (Ippo) akan tahu jugak,” jelasnya.
Kes ini bakal ditangguhkan ke minggu hadapan iaitu, 21 May 2024.
Sebelum ini, Ippo telah memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya selepas wanita itu dipercayai keluar rumah tanpa keizinannya.
Bagaimanapun, Fara tidak menghadirkan diri ke prosiding tersebut pada 12 Mac lalu.