Memetik Harian Metro, Ippo Hafiz berkata isterinya keluar tanpa keizinannya dan pelbagai usaha sudah dilakukan dan memfailkan nusyuz juga adalah sebagai salah satu langkah.
Sementara itu, Ippo berkata dia tidak berkongsi masalah rumah tangga di media sosial demi menjaga aib dan kehormatan keluarganya.
Dalam pada itu, Ippo berkata dia tidak sangka rumah tangga yang dibina sejak 2019 akan diuji dengan perceraian. Menurutnya, anak bongsunya kini berada di bawah jagaannya manakala yang anak pertama bersama isterinya.
“Jadi Ramadan saya bersama Ibrahim saja. Tak boleh nak cakap perasaan ini macam mana, saya hanya boleh cakap, saya sayangkan keluarga saya,†katanya.
Untuk rekod, Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.