Kita dah sedia tahu, Apple secara rasmi telah buka pra tempah bagi iPhone keluaran terkini mereka iaitu iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr dua hari lalu. Maka berduyunlah yang sibuk mencari duit untuk beli iPhone keluaran terbaru.
Berbaloi Ke Beli iPhone XR?
Ramai yang bertanya kepada Budiey, dalam banyak-banyak phone dari Apple tu, yang mana paling best. Dah tentu Budiey akan cakap iPhone XS Max! Haha! Paling premium kot kan.
Kalau ikutkan kepada bajet, sudah tentu korang boleh je beli iPhone XR. Cuma ada beberapa perbezaah ketara korang akan dapat rasakan. Antaranya, korang akan dapat rasai tiada lagi fungsi 3D Touch, Dwi Kamera, Skrin OLED dan resolusi 1792 x 828 namun ia bukanlah satu isu besar bagi pengguna iPhone. Itu memang tiada dalam iPhone XR.
Tonton: Misi Mencari iPhone XS Max di Apple Store Singapore
Oh ya kat mana nak buat tempahan? Budiey cadangkan korang buat tempahan melalui laman rasmi Apple Malaysia. Tapi kalau harga lebih murah dengan kontrak atau syarat bayaran yang ditetapkan bersama telco, boleh je. Pilih je Celcom, Digi, Maxis, Machine Malaysia, Switch Malaysia dan banyak lagi la kat luar sana.
Berapa Harga iPhone XR?
Harga jualan bagi ketiga-ketiga iPhone ini bermula RM3,599.00 (iPhone Xr), RM4,999.00 (iPhone Xs) dan RM5,399.00 (iPhone Xs Max).
Mengikut pada harga, dikatakan iPhone XR adalah paling murah dan harga mudah milik. Tengok pada kemampuan korang la macamana.
Kelebihan iPhone XR
iPhone Xr dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A12 Bionic, RAM berkapasiti 3GB, 6.1 inci paparan skrin dengan resolusi 1792 x 828 326ppi dan mempunyai kamera 12MP Wide Angle.
iPhone Xr juga mampu merakam video pada resolusi 4K dengan 24, 30 atau 60 frame per second. Apa yang menarik pada model ini adalah ia menggunakan Face ID sebagai kunci keselamatan menggantikan Touch ID.
Phone Xr sebagai model asas.
iPhone Xr hadir dengan variasi warna menarik termasuklah kuning, putih, coral, hitam, biru dan produk merah (RED). Dari segi storan ia hadir dengan storan dalaman 64GB, 128GB dan 256GB.
Hakikatnya pihak Apple telah menyelesaikan beberapa masalah tersebut dengan memperkenalkan haptic feedback sama seperti 3D Touch, kamera yang menyokong machine learning yang mampu menghasilkan imej bokeh sama seperti yang dipraktikkan pada kamera Google Pixel serta Liquid Retina HD Display yang mampu menghasilkan paparan yang lebih baik walaupun mempunyai resolusi yang sedikit rendah.
BACAAN LANJUT: GILA GAJET: Momen Meminang iPhone XS Max di Apple Store Singapura
Kepada korang yang menggunakan iPhone model lama, rasanya dah boleh bertukar kepada iPhone XR ni.
iPhone Xr jika dilihat secara kasar sama seperti iPhone 5C suatu masa dulu, walaupun sambutan iPhone 5C kurang menggalakkan, ini tidak memberi sedikit masalah pada iPhone Xr memandangkan ia antara model paling berkuasa di pasaran dalam kelasnya.
Masuk hari ini, dah nak 3 minggu Budiey menggunakan iPhone XS Max. Budiey sangat berpuas hati dengan prestasi. Sangat laju dan takde sangkut-sangkut. Mutu kamera pun bagus. Pendekata, kalau nak berbaloi, korang bolehlah beli iPhone XS Max.