Telefon pintar Iphone SE 2020 hari ini secara rasminya sudah di jual bagi pasaran tempatan menerusi penjualan Online di Apple Malaysia dan pre-order di APR, (Apple Premium Reseller) dan AAR (Apple Authorize Reseller) sebelum disusuli syarikat-syarikat telekomunikasi.
Secara ringkasnya Iphone Se 2020 adalah peranti terbaru dengan rekaan dari kerangka model lama iaitu Iphone 8 (4.7 inci dan jenis LCD Retina) namun dilengkapi cip A13 Bionic, sama seperti iPhone 11 Pro Max.
Peranti mampu milik berprestasi tinggi ini juga dilengkapi dengan fungsi keselamatan biometrik ; pengimbas cap jari Touch ID di bawah skrinnya.
Sesuai dengan harga yang ditawarkan , SE 2020 menawarkan satu kamera belakang yang dinaik taraf iaitu kamera 12MP dan satu kamera hadapan 7MP.
Selain dari itu peranti mampu milik ini turut mengekalkan penggunaan Home Button, sama seperti SE terdahulu dengan pengimbas cap jari ‘Touch ID’ . Ini menjadikan model ini satu-satunya model iphone yang mempunyai home button di pasaran.SEE ALSO
Selain perlindungan kalis air dan debu IP67 ia turut menyokong pengecasan wayarles. Jadi buat anda yang perlu menaik taraf peranti anda namun memilih untuk membeli peranti dengan harga terbaik, penulis merasakan ini adalah peranti yang paling sesuai untuk anda.
Terdapat tiga varian yanng ditawarkan bagi mode ini putih, hitam dan merah. Storan yang ditawarkan pula adalah 64GB, 128GB dan 256GB. Harga jualannya adalah seperti berikut:
- iPhone SE 2020 64GB – RM1,999
- iPhone SE 2020 128GB – RM2,199
- iPhone SE 2020 256GB – RM2,699
Jadi buat anda yang ingin membelinya boleh terus ke website Apple Malaysia
dan terima pada 15 Mei atau buat tempahan preorder di APR seperti Machines , Switch , MacStudio dan AAR lainnya.