Bermula dengan headphone jack, penyertaan takuk masih lagi tebal dalam keluaran iPhone 12 sehinggalah yang terbaru iaitu ketiadaan palam pengecas dalam kotak.
Terbaharu, tidak hanya menerima komen daripada netizen, jenama Apple turut diperli oleh jenama telefon pintar yang lain seperti Samsung dan Xiaomi. Meskipun sekadar ‘iklan’, troll yang dikongsikan jelas dituju terhadap jenama Apple.
Difahamkan ‘usaha’ Apple untuk tidak lagi menawarkan palam pengecasan bersama model keluaran iPhone 12 adalah sebagai salah satu cara Apple selamat bumi dengan mengurangkan penggunaan karbon. Apple juga menerusi pelancaran iPhone turut mengajak jenama lain untuk sama-sama selamatkan bumi.
Kena Keluar Duit Beli Kepala Charger & Earphone
Betulkah harga pun kurang? Jika dilihat dari strategi Apple, aksesori dah berkurang tapi mereka hadir pula dengan kepala charger 20W – sesuai dengan keperluan pengecasan pantas barisan iPhone terbaru mereka.
Lebih menarik lagi, harga kepala charger itu pula didatangkan dengan harga yang sedikit murah berbanding generasi terdahulu. Murah pun, makan RM99 jugaklah.
Melalui rekaan pin boleh lipat masuk itu, sudah pastinya kepala charger ini akan menjadi salah satu keperluan bagi pengguna Apple. Mengaku sajalah, pengguna Apple memang mudah kena racun dengan produk keluaran terbaru jenama ini.
Kami jamin, penjualan kepala charger ini akan membawakan keuntungan kepada Apple. Bab earphone pula, kami perasan ramai juga yang lebih sukakan earphone sendiri berbanding dengan apa yang telah Apple berikan. Betul,kan?
Perlu diingatkan bukan sahaja model iPhone 12, malah siri 11 dan SE yang masih tinggal juga tidak lagi akan dibekalkan palam pengecas dan ‘earphones’.
Sama-sama kita nantikan adakah ‘seruan’ Apple untuk jenama-jenama lain selamatkan bumi serta mengelakkan pembaziran karbon disahut atau sebaliknya.