Pada hari ini, iPhone menyertakan rekaan takuk yang sedikit besar, kerana menyertakan integrasi komponen inframerah untuk Face ID, selain turut menyertakan komponen speaker antaranya. Beberapa komponen telah pun diperkecilkan pada iPhone 12, tetapi rekaan takuk kekal besar seperti sebelum ini.
Disamping itu, iPhone 13 mungkin membawakan rekaan sedikit tebal berbanding pada hari ini – untuk memuatkan pelbagai komponen ini. Apple dijangka turut akan membuat sedikit perubahan pada kedudukan speaker dalam menjadikan takuk yang lebih nipis.
Buat masa ini, ia hanya sekadar laporan awal daripada penganalisa. Sama-sama kita nantikan perkembangan lain berkenaan iPhone 13 yang dijangka diperkenalkan sekitar September atau Oktober 2021 ini.