in , , ,

iPhone 12 Dilaporkan Mengalami Masalah Cat Tertanggal Pada Bingkai

Masalah kosmetik pada sesebuah telefon pintar adalah perkara biasa. Ia pasti akan berlaku jika sudah menggunakan peranti dalam sesuatu tempoh. Kes lain yang boleh berlaku adalah kerap bertukar-tukar atau pasang dan tanggal kerangka. Isu kosmetik yang paling ketara adalah calar, cat tanggal atau warna pudar.

Unit iPhone 12 yang dipamerkan di kedai jualan di China kini dilaporkan mengalami masalah cat tertanggal. Melalui imej yang dikongsikan, ia menunjukkan cat pada bingkai yang diperbuat daripada aluminium itu telah tertanggal di beberapa bahagian.

Seorang blogger, Lie Feng telah berkongsikan imej iPhone 12 yang merupakan unit pameran dari kedai fizikal Apple. Melihat pada imej tersebut, beliau menyatakan masalah itu kemungkinan disebabkan sentuhan oleh ramai pengguna.

iphone-12

Dengan iPhone 12 yang baru sahaja dilancarkan, sudah pasti ramai pengguna di China ingin merasai sendiri pengalaman memegang peranti itu. Sudah tentu juga tiada peranti yang sempurna. Bagaimanapun, pada harga yang ditawarkan untuk iPhone 12, masalah ini tidak sepatutnya berlaku.

Ini menimbulkan persoalan, bagaimana jika iPhone 12 ini digunakan secara individu? Adakah kemasannya akan bertahan lama? Masalah cat tertanggal ini akan menjadikan rupa peranti kelihatan buruk dan usang. Peranti yang dijual pada harga melebihi RM3000 ini, sepatutnya adalah peranti premium. Adakah mungkin kerana Apple ingin menjimatkan kos, mereka menggunakan cat yang lebih murah?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ditipu & Disantau, Karl Shafek Dedah Punca Kemurungan & Hadapi Emosi Bercelaru

Samsung Galaxy S21 Mungkin Hadir Tanpa Pengecas Dan Fon Telinga Dalam Kotak