Tidak dinafikan iPad merupakan tablet paling popular digunakan di seluruh dunia. Hari ini Apple memperkenalkan naik taraf kepada model iPad versi asas yang kini memasuki generasi kelapan dengan cip Apple A12.
Apple hari ini telah melancarkan produk baru dalam barisan iPad iaitu iPad generasi ke-8 dan iPad Air. iPad generasi ke-8 dari Apple ini menyertakan kemaskini dari segi pemprosesan untuk memudahkan lagi pengguna melakukan pelbagai tugasan dengan pantas. Antara spesifikasi yang menarik adalah pengenalan cipset baru oleh Apple, A12 Bionic, turut mengekalkan penggunaan Touch ID, dan skrin bersaiz 10.2-inci.
Selain itu, dengan prestasi CPU yang 40% lebih pantas dan grafik dua kali lebih pantas berbanding iPad sebelum ini. Apple membawa kemampuan pemprosesan Neural Engine kepada iPad mampu milik pula.
Ia akan dilengkapi dengan iPadOS 14, skrin Retina Display berukuran 10.2 inci, kamera 8MP dan menyokong penggunaan Apple Pencil.
Selain dapat menggunakan Apple Pencil, iPad ini masih menyokong aksesori lain mereka seperti kerangka papan kekunci. Tablet terbaru ini dijangka meneruskan penawaran sebagai tablet mampu-milik dari Apple, sekaligus lebih ramai mendapatkan tablet dari Apple untuk tujuan menikmati kandungan, mahupun menghasilkan kandungan.
Berbanding dengan iPad Air, pula, iPad Air mempunyai skrin Liquid Retina berukuran 10.9 inci dengan resolusi 2360×1640, kamera 12MP, kamera swafoto 7MP, pembesar suara stereo, butang Touch ID dan menyokong pengecasan 20W serta penggunan Apple Pencil.
iPad Generasi Ke-8 akan ditawarkan dalam lima pilihan warna.
Untuk pasaran Malaysia, iPad baru ini ditawarkan pada harga bermula RM1449 untuk versi 32GB WiFi, dan RM1849 untuk versi 128GB WiFi. Untuk versi selular pula, versi 32GB ditawarkan pada harga RM1999, sementara versi 128GB pada harga RM2399.
Namun masih tiada maklumat tentang tarikh penjualannya setakat ini.