in

INTOLERABLE CRUELY, THE PRINCE AND ME, SILLUNU ORU KAADHAL di TV2

RAIKAN CINTA HUJUNG MINGGU INI DENGAN MENONTON TIGA FILEM MENARIK DI RTM : INTOLERABLE CRUELY (14 FEBRUARI 2009), THE PRINCE AND ME (15 FEBRUARI 2009) DAN SILLUNU ORU KAADHAL (15 FEBRUARI 2009)

Bermacam cara digunakan masyarakat kita menyatakan rasa cinta apatah lagi dalam bulan Februari yang dianggap bulan dipenuhi bunga-bunga dan warna warni kasih sayang cinta sesama insan ini. Ada yang merancang untuk bercuti bersama insan-insan tersayang malah tak kurang juga yang merancang untuk meraikannya dengan berkumpul di rumah sahaja asalkan dapat bersama si dia dan keluarga tersayang.

Justeru kepada anda yang merancang untuk meluangkan momen-momen indah di rumah hujung minggu ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjanjikan tiga filem menarik yang bertemakan rasa cinta dan kasih sayang menerusi Intolerable Cruely pada 14 Februari 2009 (Sabtu), jam 10.00 malam, The Prince And Me pada 15 Februari 2009 (Ahad), jam 3.00 petang dan Sillunu Oru Kaadhal pada 15 Februari 2009 (Ahad), jam 12.00 tengah hari yang ketiga-tiganya disiarkan menerusi TV2, Dunia Ria.

Intolerable Cruelty Miles Massey (George Clooney) seorang peguam duda di Los Angeles yang memiliki segala-galanya termasuklah senarai nama pelanggan yang disegani, rekod kemenangan yang tinggi di dalam mahkamah, dan kontrak (The “Massey Pre-nup”) yang dinamakan sempena namanya. Namun kini dia mula bosan dengan kejayaan yang di milikinya secara mudah kerana dia begitu menginginkan sesuatu yang mencabar.

Ketika itu muncul Marylin Rexroth (Catherine Zeta Jones), bakal isteri kepada pelanggannya Rex Rexroth, seorang pembangun hartanah yang sangat kaya raya. Di sebabkan kemahiran yang di miliki Miles di dalam mahkamah, Marylin kalah di dalam kes dan pulang dengan tangan kosong.

Dia Kemudian merancang untuk membalas dendam terhadap Miles. Sebahagian daripada rancangannya, dia mengahwini sorang pemilik minyak Howard Doyle. Tetapi Marylin dan Miles akhirnya jatuh cinta dan bermulalah perhubungan di antara mereka berdua.

Namun kepada anda peminat filem remaja romantik, usah ketinggalan menyaksikan filem The Prince and Me yang berkisar di sekitar Universiti Winconsin dimana seorang gadis, Paige Morgan anak kepada salah seorang peladang di kawasan tersebut  telah tertarik dengan tingkah laku pelik seorang pelajar Edvard, dikenali Eddie yang bertukar ke universiti tersebut. Eddie merupakan pewaris takhta kerajaan Denmark. Mereka menjadi kawan rapat.

Tidak lama selepas itu, terdapat wartawan yang mengambil gambar mereka yang sedang bercium. Eddie terpaksa pulang ke negaranya disebabkan keadaan kesihatan bapanya yang tidak memuaskan. Paige menyedari bahawa Eddie adalah cinta sejatinya dan mengambil keputusan untuk ke Copenhagen. Paige terpaksa mempertimbangkan keputusannya untuk meninggalkan kerjaya perubatannya dan meninggalkan Amerika.

Pelakon remaja yang menghidupkan filem ini termasuklah Julia Stiles, Luke Mably, Ben Miller, Miranda Richardson, James Fox, Alberta Watson dan John Bourgeois.

Selain filem-filem Inggeris, RTM turut menghidangkan filem Tamil mengisi slot Spice of India menerusi Sillunu Oru Kaadhal yang mengisahkan tentang Kundavi yang telah di besarkan di sebuah perkampungan yang di kenali sebagai Ambasamudram. Dia memiliki dua orang rakan karib sejak dari bangku sekolah lagi. Mereka terpisah setelah rakan-rakan karibnya berkahwin dan berpindah. Bapanya lalu menjodohkannya dengan  seorang jejaka bernama Goutham. Pasangan ini tidak gembira dan muram di hari perkahwinan mereka. Mereka mempunyai seorang anak perempuan yang berumur 5 tahun. Mereka hidup bahagia sebagai pasangan suami isteri.

Goutham bekerja sebagai seorang ketua mekanik dan telah mencipta beberapa fungsi baru untuk kereta. Dia berpeluang untuk ke New York untuk jangka masa yang pendek. Semasa di kolej, Gautham adalah seorang jejaka yang sangat popular. Dia bercinta dengan seorang gadis bernama Aishu. Di dalam diari Gautham dia ada menulis bahawa dia ingin hidup bersama Aishu.

Selepas Gautham pulang dari New York, dia mendapati bahawa terdapat perubahan pada isterinya. Dia selalu bekerja lewat malam untuk mengelak dari bertemu dengan suaminya. Pada suatu hari, Kundavi pergi mencari Aishu dan mendapati bahawa Aishu telah berubah menjadi seorang yang sangat moden dan kebaratan.

Kundavi menjemput Aishu untuk datang ke rumahnya dan memberitahu suaminya supaya mereka meluangkan masa bersama Aishu selama sehari. Dia meninggalkan mereka walaupun terasa keberatan di hatinya berkorban kerana berhasrat mahu menyatukan kembali pasangan kekasih itu.

Sillunu Oru Kaadhal dilakonkan oleh Surya, Jyothika, Bhoomika Chawla, Vadivelu dan Santhanam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SENARAI PEMENANG KUIZ SYAHADAH MUSIM KE – 4

Azizah Ariffin Pengacara Kes Syariah di TV9