in , ,

Internet Tanpa Had Yang Menjimatkan Di Musim Raya Dengan Celcom

Nikmati Penjimatan Hebat Dengan Internet Tanpa Had Untuk Seisi Keluarga Raya Ini Dengan Celcom!

Sebagai usaha berterusan untuk menyokong rakyat Malaysia di sepanjang bulan Ramadan yang mulia dan Aidilfitri yang bakal menjelang, Celcom Axiata Berhad (Celcom) menawarkan tawaran eksklusif untuk Ramadan dan Raya ini dengan penjimatan dan nilai terhebat melalui pelan pascabayar Celcom MEGA™, pelan Celcom MAX™ serta pelan Celcom Xpax

Pada musim perayaan kali ini, Celcom akan terus memberikan perkhidmatan rangkaian yang konsisten dengan liputan terluas di seluruh negara. Memandangkan ramai rakyat Malaysia tidak sabar untuk ‘balik kampung’ pada raya kali ini dan juga sibuk dengan persiapan hari raya, Celcom berhasrat untuk membantu rakyat Malaysia dengan menawarkan penjimatan hebat bagi keperluan kesalinghubungan mereka.

Picture 2

Bermula hari ini, semua pelanggan pascabayar dan prabayar Celcom yang baru dan sedia ada boleh menikmati pelan yang telah ditambahbaik di mana kami menawarkan penjimatan hebat dengan kesalinghubungan internet tanpa had, membolehkan seluruh keluarga Malaysia menikmati keseronokan yang berterusan serta kekal berhubung dengan orang yang tersayang tidak kira di mana mereka berada.

Pelan Keluarga Celcom MEGA™ (15 April 2022 hingga 30 Jun 2022):

  • Penjimatan peranti sehingga RM1,999. Telefon pintar 5G PERCUMA termasuk peranti yang kedua dapat dimiliki secara PERCUMA dengan pakej peranti pelan Keluarga Celcom MEGA™ 
  • Penjimatan pelan Pascabayar Keluarga sehingga RM720 untuk 6 bulan. Daftar dengan 1 Talian Keluarga dan nikmati Talian Keluarga kedua secara PERCUMA, sehingga 3 talian keluarga PERCUMA dengan 6 Talian Keluarga untuk tempoh 6 bulan dengan Pelan Keluarga Celcom MEGA™. (Tawaran untuk Masa terhad)
  • Penjimatan RM21/sebulan selama seumur hidup dengan kesalinghubungan kediaman dan fiber. Nikmati internet tanpa had di rumah dengan Celcom Max™ apabila pelanggan menggabungkan pelan Celcom MEGA™ Family dengan pelan Celcom Home Fibre™.
  • Akses PERCUMA untuk pelbagai platform hiburan seperti Viu dan IQiyi, melalui Video Walla+™
  • Diskaun daripada Shopback, Texas Chicken, Zalora, Petronas, FoodPanda dan banyak lagi secara eksklusif melalui aplikasi Celcom Life 

Pelan prabayar dan pascabayar Celcom Xpax juga telah ditambahbaik bagi menawarkan pelanggan dengan kelajuan lebih pantas, lebih keseronokan, lebih hiburan dan lebih ganjaran:

  • Nikmati kuota kelajuan tanpa had berganda dan akses premium PERCUMA bagi iQiyi selama 6 bulan untuk pas tanpa had terpilih dengan pelan prabayar Celcom Xpax.
  • Pelbagai jenis telefon pintar serendah RM199 dengan RM0 bayaran pendahuluan serta 12 bulan kontrak dengan pelan pascabayar Celcom Xpax
  • Diskaun daripada Shopback, Texas Chicken, Zalora, Petronas dan FoodPanda secara eksklusif melalui aplikasi Celcom Life buat kesemua pelan pascabayar dan prabayar Celcom Xpax,

Tambahan lagi, bermula 2 April 2022 sehingga 31 May 2022, pelanggan berpeluang memenangi ganjaran hebat apabila mereka melanggan sebarang pelan pascabayar, prabayar atau pelan kediaman melalui Celcom Online Shop. Ganjaran tersebut termasuklah rebat pelan sehingga RM480 ​​dengan Celcom MEGA™ Family Lines, kredit e-dompet Touch n’ Go, alat peranti fon telinga dan smart tag daripada Samsung dan Huawei.

Semangat beraya serta kekal berhubung dengan orang tersayang, video Raya Celcom memaparkan tema kesyukuran dan penghargaan dengan berkongsi mesej ringkas mengenai kegembiraan yang sebenar bukan sahaja datang dari perkara-perkara material, tetapi juga daripada hubungan ikhlas yang terbentuk bersama dengan insan yang berada dalam kehidupan kita. 

Bermula hari ini, video Raya Celcom di YouTube bertajuk ‘Syukur 1 Syawal’, mengisahkan tentang Danish, berusia 11 tahun yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama sanak saudaranya. Beliau juga berhasrat untuk mengumpul duit raya yang mencukupi bagi tujuan membeli dron namun realisasi impiannya itu disambut dengan sesuatu di luar jangkaan yang mengajarnya tentang penghayatan Aidilfitri.

Picture 1 - Chee Loo Fun, Chief Consumer Business Officer of Celcom Axiata Berhad
Chee Loo Fun, Ketua Pegawai Perniagaan Pelanggan Celcom Axiata Berhad

Chee Loo Fun, Ketua Pegawai Perniagaan Pelanggan Celcom Axiata Berhad berkata, Celcom telah bersedia untuk menjadikan sambutan Raya tahun ini lebih bermakna dan memberi kesan kepada rakyat Malaysia kerana mereka boleh terus berkongsi detik perayaan kegemaran mereka secara digital dengan tawaran eksklusif Celcom yang memberi penjimatan hebat untuk seluruh keluarga mereka.

“Dengan rakyat Malaysia yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman pada Raya ini, kami ingin memastikan semua pelanggan kami di samping keluarga dapat berpeluang menikmati sambutan Raya yang bermakna tanpa sebarang kebimbangan. Dengan tawaran Ramadan dan Raya yang terbaru, pelanggan boleh dapatkan peranti 5G terkini, nikmati penjimatan hebat untuk seisi keluarga dan kekal terhubung walau di mana sahaja mereka berada.

“Kami kekal komited untuk memberikan perkhidmatan rangkaian yang konsisten dan boleh dipercayai kepada pelanggan dengan liputan terluas di seluruh negara. Kami berdedikasi untuk memastikan rakyat Malaysia untuk kekal berhubung semasa mereka berada dalam perjalanan atau sedang berkongsi detik-detik berharga bersama keluarga ketika hari Raya,”

– Chee Loo Fun, Ketua Pegawai Perniagaan Pelanggan Celcom Axiata Berhad

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.celcom.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Legoland Malaysia Bina Imaginasi Dengan Festival Build The Thrills

SAIFUL APEK GEGAR VAGANZA 2021

Senario Kembali Bergabung Dalam Filem JAGA-JAGA SENARIOUNION