in

Internet Fiber Maxis High Speed 10mbps

MAXIS MEMBERIKAN TAWARAN INTERNET FIBER BERKELAJUAN TINGGI YANG TERBAIK DALAM PASARAN DARIPADA HANYA RM138 SEBULAN UNTUK PERKHIDMATAN 10 MBPS

• Kadar jalur lebar terendah di Malaysia untuk perkhidmatan internet fiber 10Mbps
• Maxis menyediakan pelanggan dengan internet berkelajuan tinggi dengan peruntukan panggilan percuma kepada nombor mudah alih Maxis dan destinasi IDD terpilih
• Perkhidmatan Internet Fiber Maxis disediakan kepada 1.2 juta kediaman dan pejabat di Malaysia

Maxis Berhad (Maxis), peneraju penyedia telekomunikasi bersepadu Malaysia, terus menyediakan perkhidmatan internet fiber yang paling mampu dimiliki di Malaysia, dengan harga promosi baru yang diperkenalkan pada bulan Julai untuk masa yang terhad sahaja. Pelanggan Pascabayar Maxis boleh menikmati internet fiber yang berkelajuan tinggi untuk serendah RM138 setiap bulan untuk pakej 10Mbps. Pengguna lain boleh mendapatkan pakej yang sama pada hanya RM148 sebulan, dan ini masih merupakan tawaran yang paling menarik dalam pasaran untuk langganan internet fiber.

Maxis fiber internet

Ketua Kediaman dan Jalur Lebar Maxis, Ebru Dorman berkata, “Sebagai pakej yang paling murah di pasaran untuk perkhidmatan internet fiber 10 Mbps, kami bangga untuk menyediakan para pelanggan kami pengalaman yang benar-benar diperkayakan yang boleh dikongsi bersama dengan keluarga. Selain mempunyai ketenangan fikiran dengan perkhidmatan yang pantas dan boleh dipercayai, pelanggan juga boleh menikmati penjimatan yang besar dengan tawaran promosi ini, yang disediakan kepada 1.2 juta kediaman dan pejabat di Malaysia.”

“Untuk memenuhi keinginan pengguna untuk kelajuan yang lebih pantas, di Maxis, kami mengakui bahawa dengan pakej yang lebih rendah daripada 10Mbps, pelanggan mungkin tidak mendapatkan pengalaman terbaik dalam menjalankan aplikasi yang menggunakan banyak data. Dengan pakej yang menarik ini, Maxis membolehkan pelanggan menikmati pengalaman yang lebih baik untuk pelbagai perkhidmatan online, dari pelayaran dan sosial media kepada mereka yang memerlukan lebar jalur (bandwidth) tinggi seperti memuat naik dan memuat turun kandungan video, permainan online, persidangan video dan lain-lain aplikasi web yang lebih canggih, semuanya pada masa yang sama. Ini menunjukkan komitmen kami ke arah menyokong keperluan pelanggan untuk perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi dengan pelan-pelan yang menarik,” tambah Ebru.

Pakej Maxis Home Fibre Internet 10Mbps disediakan dengan lebih nilai untuk pelanggan seperti panggilan tanpa had ke talian tetap Maxis, 100 minit percuma kepada nombor mudah alih Maxis dan 100 minit percuma kepada nombor tetap dan mudah alih di destinasi IDD terpilih. Tambahan pula, pelanggan Pascabayar Maxis mendapat tambahan 100 minit percuma pada telefon mudah alih mereka setiap bulan untuk membuat panggilan ke mana-mana nombor Maxis atau Hotlink. Semua pelanggan Maxis Home Fibre Internet juga dapat menikmati keselamatan internet percuma dan peranti percuma dengan pakej ini.

Maxis fiber internet

Teknologi fiber memberikan manfaat menarik kepada pelanggan termasuk kelajuan sambungan yang lebih pantas, kapasiti lebar jalur yang lebih tinggi untuk pengalaman yang lebih baik semasa menggunakan pelbagai aplikasi secara serentak atau berkongsi dengan rakan-rakan dan keluarga. Perkhidmatan Maxis Fibre Internet dibina menggunakan teknologi gentian-ke-rumah (fibre-to-the-home) dan disediakan kepada 1.2 juta kediaman dan pejabat di Lembah Klang dan kawasan terpilih di Pulau Pinang, Johor Baru, Ipoh dan Melaka.

Untuk melanggan promosi yang terhad ini, pengguna hanya perlu melawat pusat Maxis terdekat, rakan niaga eksklusif Maxis, peniaga pakar jalur lebar atau memohon secara online di maxis.com.my/home.

Bagi mereka yang tidak berada dalam kawasan perkhidmatan internet fiber Maxis, Maxis juga menawarkan Home Internet Wayarles yang boleh didapati di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai Maxis Home dan promosi internet fiber ini, sila layari maxis.com.my/home.

Butir-butir tawaran ini adalah seperti berikut:
Kelajuan Internet 10Mbps
Yuran Bulanan RM138 setiap bulan untuk pelanggan pascabayar Maxis
RM148 setiap bulan untuk semua pelanggan lain
Panggilan percuma ke talian mudah alih Maxis dari telefon DECT 100 min / bulan
Panggilan percuma ke destinasi IDD* dari telefon DECT (talian mudah alih dan tetap) 100 min / bulan
Panggilan percuma ke talian tetap Maxis dari telefon DECT Tanpa had / bulan
Percuma minit tambahan untuk talian mudah alih Maxis 100 min / bulan
Peranti percuma Telefon DECT dan modem Wi-Fi Kediaman
Perkhidmatan nilai tambahan percuma Keselamatan Internet

Caj panggilan berikutnya ke talian mudah alih Maxis dan talian bukan mudah alih Maxis RM0.09 / minit
Caj panggilan berikutnya ke talian tetap bukan Maxis Panggilan tempatan – RM0.05 / minit Panggilan ke seluruh negara – RM0.09 / minit

*Singapura, Cina, Jepun, Thailand, Indonesia, India, Australia, United Kingdom, Taiwan dan Vietnam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

New Tune Hotels Open In Jakarta And Manila

Program Fesyen Seri Syawal Dan Panorama di TV1