in

International Artiste Iyaz Bakal Gegarkan Shout! Awards 2010

Hanya tiga minggu lagi Shout Awards 2010 akan mengegarkan Stadium Putra Bukit Jalil. Kalau korang nak tiket, Budiey ada tiket tapi bukan tiket VIP atau VVIP la, Budiey hanya ada tiket untuk public di tingkat 3. Nantikan pengumuman cara untuk dapatkan tiket Shout Awards 2010 nanti.

Semalam, jam 3 petang, 8TV telah menganjurkan sidang media bagi mengumumkan senarai artis yang akan buat persembahan dan juga senarai artis yang akan menyampaikan anugerah. Sidang media yang berlangsung di Manhattan Ballroom, Tingkat 14, Hotel Berjaya Times Square itu turut dihadiri oleh beberapa selebriti yang akan perform.

DSC_0231

Antara artis yang akan buat persembahan di Shout Awards 2010 ialah Faizal Tahir, Royal Force, Deja Voodoo Spells, Mizz Nina, Hujan, They Will Kill Us All, Bitter Sweet, Love Me Butch, Yuna, Najwa, James Baum, Reshmonu, Arafah, Tactmatic, Sean Lee, Shezat, Wakaka Crew, Giller Battle Crew dan ramai lagi.

Seperti Shout Awards yang lepas, di sidang media ini juga, 8TV telah mengumumkan artis antarabangsa yang akan diterbangkan khas untuk menggegarkan pentas iaitu Iyaz yang popular dengan single Replay yang diterbitkan pada tahun 2009.

Shout Awards 2010 juga akan diserikan dengan kehadiran artis-artis popular sebagai penyampai anugerah berprestij ini. Antaranya, Adibah Nor, Ning Baizura, Arabyrd, Tactmatic, Zizan, Johan, Sasi The Don, Liyana Jasmay, Hans Isaac, Chef Wan, Qi, Nora Danish, Diana Danielle, Andrea Fonseka, Bunkface, Maya Karin dan lain-lain lagi.

DSC_0188

Altimet

DSC_0189

Reshmonu

DSC_0195

Jeremy

DSC_0199

Liyana Jasmay

DSC_0205

Wakaka Crew

DSC_0214

Henry Golding

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem THE SOCIAL NETWORK – Sensasi Selebriti

Gambar Pereka Fesyen Amir Loqman Pakai Baju Maskulin