in ,

Yang Best Bila Dapat Stay di InterContinental Samui Baan Taling Ngam Resort

Tersergam indah di atas bukit di tepi pantai yang tenang yang jauh dari kesibukan pusat kota Koh Samui di Thailand, tersembunyi sebuah tempat yang sesuai buat bergembira dan menenangkan fikiran. InterContinental Samui Baan Taling Ngam Resort tersenarai sebagai salah satu hotel yang paling popular dan berprestij di kawasan ini. Dengan kedudukannya di kawasan pantai, ia menepati ajnas citarasa para pengunjung.

Dilengkapi dengan hanya 79 bilik, suite serta vila indah, hotel ini dilengkapi dengan tujuh kolam renang, restoran, dan sebuah lounge, hotel mewah ini memenuhi kehendak setiap pengunjungnya yang ingin berehat di tepi pantai sambil menikmati kemewahan hidup yang lain. Bilik-biliknya yang berkonsepkan modern chic setanding dengan hotel-hotel ternama di luar negara.

InterContinental Samui Baan Taling Ngam Resort

Yang Best Bila Dapat Stay di InterContinental Samui Baan Taling Ngam Resort

[dropcap]M[/dropcap]empertaruhkan Amber sebagai restoran popular mereka yang menyajikan masakan tempatan dan antarabangsa untuk tamu menikmati pemandangan pantai dan matahari terbenam, ia juga mempunyai Flames untuk sajian di tepi pantai serta Air Bar untuk bersantai. Tidak hairanlah sekiranya ada pengunjung yang sanggup datang dari jauh dan tempat-tempat di seluruh dunia semata-mata untuk menjamu selera mereka di sini.

Apatah lagi dengan pemandangan indah di tepi pantai yang lebih peribadi dan tersendiri khas buat tamu hotel, ia merupakan destinasi paling tepat buat mereka yang berkeluarga ataupun yang ingin berdua.




[pullquote align=”right”]Hotel ini mempunyai beberapa jenis penginapan iatu bilik-bilik dengan pemandangan lautan dan taman, bilik-bilik berhadapan kolam renang vila-vila peribadi di atas bukit serta vila dengan kolam renenag peribadi di tepi pantai![/pullquote]

Vila-vila di atas bukit disediakan lima buah kolam renang, manakala terdapat sebuah kolam indah di sebelah restoran utama iaitu ‘inifinity pool’ pertama di Koh Samui yang dibina pada tahun 1993. Terdapat juga sebuah lagi kolam renang berdekatan kawasan pantai untuk kegunaan dewasa dan kanak-kanak.

Dengan kawasan yang strategik dan agak ‘tersembunyi’ dari dunia luar yang lebih bising serta sibuk dengan hingar-bingar kota, InterContinental Samui Baan Taling Ngam Resort juga sesuai buat mereka yang ingin mengadakan acara-acara serta majlis-majlis tertentu.

Ini termasuklah mesyuarat-mesyuarat penting, seminar-seminar khas, majlis perkahwinan, sesi latihan korporat dan macam-macam lagi. Tersedia juga perkhidmatan pengangkutan percuma (shuttle) dari hotel ke pusat kawasan pusat kota di Chaweng dan juga kawasan komersial terdekat untuk para tamu hotel!

Pendek kata, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini. Selain itu anda juga boleh memanjakan diri di Baan Thai Spa by Harn dengan sentuhan para ahli terapi asli Thailand.

Jadi jika anda ingin pergi merehatkan minda serta bercuti dan tidak mahu pergi terlalu jauh di luar Asia Tenggara, singgahlah ke InterContinental Samui Baan Taling Ngam Resort. Penerbangannya sebentar sahaja dan anda tidak perlu bersusah-payah meredahi hutan belantara ataupun kesesakan lalu-lintas yang menggusarkan!

InterContinental Samui Baan Taling Ngam Resort

InterContinental Samui Baan Taling Ngam Resort

InterContinental Samui Baan Taling Ngam Resort

InterContinental Samui Baan Taling Ngam Resort

InterContinental Samui Baan Taling Ngam Resort

Ketenangan bayu pantai di InterContinental Samui Baan Taling Ngam Resort
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Unwind This Holiday with the Perfect Entertainment

Filem Rojak 360° Berjudul GADING MERAH Kini Dapat Ditonton di Youtube