in ,

Inteam Edar Percuma 800 CD Tahmid Lebaran Di Tol Gombak

Kumpulan Nasyid Inteam telah mengadakan satu sesi edaran percuma 800 keping cakera padat album Tahmid Lebaran kepada pengguna-pengguna jalanraya yang pulang ke kampung halaman masing-masing pada hari ini. Aktiviti tersebut telah diadakan mulai jam 9 pagi hingga 11 pagi  pada 1 Julai yang lalu di Tol Gombak bagi kenderaan yang menghala ke arah Pantai Timur.

Inteam Edar Percuma 800 CD

“Program ini adalah kali pertama bagi kami, yang mana niat kami ialah untuk berkongsi kegembiraan Aidilfitri bersama para pengguna jalanraya yang pulang ke kampung, di samping mereka dapat berhibur dengan lagu raya baru yang kami terbitkan berjudul Tahmid Lebaran” menurut Syah Inteam.

Lagu Tahmid Lebaran merupakan single baru terbitan Inteam Records yang menampilkan Raihan, Hijjaz, Rabbani, Inteam, Fareast dan Lah Ahmad. Album ini telah pun berada di pasaran melalui seluruh platform digital seperti Itunes, Spotify, Deezer dan youtube. Album ini turut boleh didapati dalam bentuk fizikal cd di inteammobile.com atau kedai-kedai buku dan cd terpilih.

“Kami juga ingin mengajak pendengar semua menonton video muzik yang telah dihasilkan dan telah pun dimuatnaik di youtube dan sehingga kini telah lebih 15,000 tontonan dicatatkan bagi video tersebut” tambah Abdul Rahim Inteam.

“Kami rasa sangat bersyukur melihat senyuman pemandu-pemandu apabila menerima pemberian kami ini, dan berharap mereka suka dan menghayati lagu ini disamping memandu dengan cermat dan selamat pulang ke kampung halaman masing-masing” menurut Hazamin Inteam.

“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada pihak MTD yang menyelia Lebuhraya Pantai Timur dan RELA yang turut membantu dan mempermudahkan urusan program ini” tambah beliau lagi.

Turut dimuatkan dalam pek percuma yang diberikan tadi ialah CD Tahmid Lebaran, Krim penjagaan kulit halal dan mesra umrah-haji, beserta buku amalan harian dan baucer diskaun untuk belian di inteammobile.com.

Selain lagu Tahmid Lebaran ciptaan Siso ini, turut dimuatkan dalam album ini ialah lagu Ramadan Dua Zaman nyanyian Inteam dan Nazrey Johani, Gema Mubarak, Ifthar dan Takbir Raya yang dialunkan penasyid-penasyid.

Inteam Edar Percuma 800 CD

Inteam Edar Percuma 800 CD

Inteam Edar Percuma 800 CD

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kempen Syukur Selalu Berjaya Gembirakan Penghuni Rumah Baitul Fitrah

Muzik Video Lagu RAIKAN RAYA Gabungan Selebriti Generasi Muda