Intan, 23, berkata, selepas putus pada Februari lalu, hubungannya dengan Razrul tetap baik. Intan yang popular menerusi drama Setelah Ku Dimiliki turut menyifatkan dia dan Razrul kini mahu menjalani kehidupan dengan lebih matang.
“Betul, lelaki dalam gambar itu adalah bekas tunang saya. Di kapsyen pun tak ada tulis kami kembali bersama atau apa. Cuma, ingin dijelaskan perhubungan kami masih baik, walaupun selepas putus tunang tempoh hari.
“Saya tak mahu kalau cakap kembali bersama orang menganggap kami macam budak-budak pula. Jadi, biarlah saya jalani dengan ‘follow the flow’. Biarlah antara kami saja faham dan jalani secara matang.
“Tambahan pula, selama ini kami tak pernah bergaduh pun. Memang tak ada masalah begitu juga dengan keluarga kami. Semuanya okay saja,”
– Intan Najuwa melalui Harian Metro
Intan yang kini menjalani penggambaran drama Pink Smile bagi slot Lestary, TV3 memohon doa yang terbaik buat mereka.
“Saya memuat naik gambar itu bukan bertujuan untuk buat kontroversi pun. Ia sekadar ‘posting’ (hantaran) suka-suka. Mohon doakan yang baik-baik buat kami,” katanya.
– Intan Najuwa melalui Harian Metro
Sebelum ini Harian Metro melaporkan Intan mengesahkan dia putus tunang dengan pasangannya selepas mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos tahun lalu.
Menerusi kenyataan itu, Intan enggan mendedahkan punca sebenar perpisahan mereka.
Sumber: Harian Metro