Tidak mahu lagi mengulas kisah putus tunangnya yang sudah berlalu, pelakon Intan Najuwa mahu ketepikan cerita peribadinya kerana tiada apa yang menarik untuk dikongsikan.
Menurut Intan, dia kini mahu lebih fokus pada kerjaya lakonannya serta perniagaannya produk kecantikan penjagaan kulit yang kini semakin berkembang.
“Saya lebih selesa ambil pendekatan untuk merahsiakan apa saja hal berkaitan peribadi. Ada baiknya saya bercerita hal karier daripada bercerita perkara yang bukan-bukan yang boleh mengundang kecaman terhadap saya.
“Tidak nanti orang hanya asyik bercerita hal peribadi berbanding soal bakat saya yang sepatutnya ditonjolkan,â€
– Intan Najuwa
Berkongsikan mengenai perkembangan terbaru, Intan berkata jadualnya kini sangat padat sehingga hujung tahun serta perlu melangsaikan penggambaran drama yang tertangguh.
“Jadual saya sekarang sangat padat lebih-lebih lagi berlakon drama sampai hujung tahun ini. Selepas ini saya akan kembali sambung penggambaran drama untuk slot Samarinda yang tertangguh sebelum ini,â€
“Namun, kadang-kadang saya datang juga pejabat untuk mesyuarat penting yang memerlukan saya turut serta. Nak tak nak kena juga bahagikan masa dengan berlakon dan berniaga. Alhamdulillah setakat ini semuanya dipermudahkan,”