Dalam rumahtangga dan mendidik anak, pastinya setiap ibu bapa mahu memberikan didikan terbaik buat anak-anak dengan harapan si kecil bakal menjadi insan yang berjaya serta taat kepada agama.
Begitulah yang diterapkan sendiri oleh pelakon popular Amar Baharin untuk mendidik anaknya khususnya dalam menjaga solat. Satu perkongsian di akaun Instagram, Amar Baharin ada berkongsi cerita mengenai anak pertamanya, Aqeef Anaqi.
Kini, Anaqi yang baru mencecah usia 4 tahun kini mulai rajin mengikuti solat. Wah! Bagus betul! Amar tak lupa untuk mendoakan semoga anak-anaknya menjadi anak soleh dan solehah.
Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga sekitar November 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Arysaa, setahun.
Semoga pasangan ini terus bahagia hingga ke syurga. Amin.