Instagram antara platform yang sering mengeluarkan ciri baharu untuk pengguna. Boleh dikatakan hampir setiap bulan pengguna akan menerima ciri baharu sama ada kecil ataupun besar.
Sebelum ini, pengguna hanya boleh memuat naik video yang berdurasi 15 saat untuk satu Instagram Stories, jika lebih maka ia akan dipotong menjadi beberapa Stories. Alternatifnya, pengguna boleh menggunakan Reels namun fungsinya sedikit berbeza.
Tahun lalu, Instagram telah menguji ciri baharu di mana Stories turut menyokong video berdurasi 60 saat tanpa potongan namun ia terhad pada sejumlah pengguna yang sedikit.
Ini bermakna ada pengguna tempatan lain juga telah menerimanya beberapa hari atau minggu sebelum ini. Untuk yang belum jangan khuatir kerana ia juga akan tiba ke akaun anda tiba lama lagi.
Bukan situ sahaja, video yang melebihi 60 saat juga kini boleh dipotong (cut) terus dari Stories sebelum anda memuat naiknya. Ini bermakna tidak perlu menyuntingnya menggunakan aplikasi pihak ketiga.
Pada masa yang sama, ini juga akan membuatkan pengguna menghabiskan masa lebih lama pada aplikasi yang dimiliki Meta tersebut.
Dengan saingan daripada TikTok yang terus menekan, ini salah satu usaha Instagram untuk mengekalkan pengguna di platform mereka selepas turut mencipta Reels dua tahun lalu. Namun, ia sememangnya bermanfaat bagi mereka yang sering menggunakan Instagram Story.