Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ia kediaman itu dikatakan milik seorang selebriti media sosial dan pihak KPDNHEP telah merampas sejumlah pewangi antarabangsa yang dipercayai adalah barang tiruan. Bagaimanapun, sehingga sekarang masih belum didedahkan siapakah selebriti yang terlibat.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor, Muhammad Zikril Azan Abdullah, berkata dalam serbuan kira-kira jam 3 petang, pihaknya merampas lebih 1,000 botol minyak wangi yang dianggarkan bernilai RM150,000.
“Individu berkenaan mengaku mampu meraih keuntungan lebih RM10,000 sebulan hasil penjualan minyak wangi tiruan berkenaan. Dia akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siastan mengikut Seksyen 102 Akta Cap Dagangan 2019,”
– Pengarah KPDNHEP Selangor Muhamad Zikril Azan Abdullah.
“Siasatan awal mendapati sebotol minyak wangi dijual dengan harga serendah RM150 hingga RM200 dan mampu meraih keuntungan sehingga ribuan ringgit setiap bulan.
“Mangsa (pembeli) juga turut diberitahu produk itu adalah tulen,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di sini hari ini.
– Muhammad Zikril Azan Abdullah
Beliau berkata wanita berusia 26 tahun itu yang turut dibantu oleh suaminya beroperasi kira-kira setahun dari rumah berkenaan dengan memasarkan barangan berkenaan melalui platform media sosial Instagram dan Facebook.
Ketika serbuan, katanya turut ditemukan slip penghantaran barangan, kotak pembungkusan dan transaksi perbankan.
Katanya, hasil semakan transaksi juga mendapati barangan terbabit bukan sahaja dibeli oleh pembeli tempatan tetapi juga dari Singapura dan Brunei.
Sebentar tadi juga Budiey ada naikkan satu artikel di mana dua orang artis lelaki dan wanita telah dipanggil SPRM untuk siasatan berhubung aktiviti Macau Scam dan perjudian.
Kepada korang yang selalu beli perfume ni, macamana korang nak cam perfume tu ori ke tak? Kalau dah beli tu, korang percaya ke yang ia 100% original? Kalau macam tu, Min rasa better la beli kat kedai yang betul, ada bukti beli yang ori kan?
*Sumber: Bernama