in , ,

Inspirasi Rekaan Kasut Menarik Dalam TUMIT TINGGI

Selesa, mudah dan bergaya. Tiga kombinasi ini menjadi pelengkap kepada pilihan golongan wanita dalam menatarias penampilan diri termasuklah mencari pilihan beg tangan dan kasut digunakan untuk aktiviti seharian mereka.

Penghasilan dalaman kasut yang dibuat daripada getah sememangnya sangat selesa untuk pemakai, membolehkan mereka melakukan tugasan harian tanpa kaki mereka rasa letih. Ketinggian tumit kasut yang sederhana memberikan kestabilan tambahan kepada wanita yang sentiasa bergerak. 

Begitu juga ciri-ciri pilihan warna untuk memenuhi citarasa berbeza pencinta beg tangan golongan wanita. Apatahlagi bila setiap jenis mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri termasuklah dibezakan daripada tambahan rantai, ruang besar, saiz kecil atau tali yang boleh ditukar ganti.

sesi temubual

Justeru minggu ini, 29 September, pukul 12.05 tengahari di TV1, program majalah terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), “Tumit Tinggi” membawakan temu bual bersama-sama pereka terkenal, Christy Ng dalam setengah jam siarannya.

Menerusi program diterbitkan Syazwani Suleiman, Unit Majalah dan Dokumentari RTM ini, penonton secara eksklusif berpeluang mengikuti dan mengetahui dengan lebih dekat lagi siapakah figura yang mampu menjadi insprasi kepada kejayaan pereka kasut dan beg tangan di luar sana ini.

Sebagai pengguna, anda berhak untuk menikmati keselesaan dalam setiap langkah untuk meneruskan kerja seharian. Ikuti banyak lagi kupasan dan perkongsian inspirasi dalam kalangan wanita ini di TV1.  

penerbit Shazwani Suleiman bersama-sama Christy Ng

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Christy Ng...tetamu minggu ini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater Makyung Raja Besar Maha Gading Bakal Dipentaskan di Istana Budaya

Butterfingers Imbau Memori Peminat di Konsert Transcendence 20 Tahun