in , ,

Insomniacks & Nabila Taqiyyah Bergabung Dalam Single BELUM MULAI

Insomniacks telah bekerjasama dengan Nabila Taqiyyah untuk mengeluarkan single terbaru mereka yang bertajuk “Belum Mulai”.

Kumpulan band terkenal dari Kuala Lumpur, Malaysia, Insomniacks, telah bekerjasama dengan Nabila Taqiyyah untuk mengeluarkan single terbaru mereka yang bertajuk “Belum Mulai”. Single ini dikeluarkan di bawah Universal Music Indonesia dan Universal Music Malaysia.

Kolaborasi ini sangat menarik di mana bagi Nabila Taqiyyah, ini menunjukkan sisi lain dirinya sebagai penyanyi melalui lagu yang berunsur band. Bagi Insomniacks, lagu “Belum Mulai” merupakan lagu Bahasa Indonesia pertama yang mereka keluarkan.

“Rasanya sangat senang dan terhormat. Nabila adalah orang yang menyenangkan untuk diajak berkolaborasi kerana profesionalisme tinggi beliau semasa rakaman dan pembuatan video muzik. Dia sangat berbakat dan dari pertama kali kami mendengar suaranya untuk lagu ini, kami merasa dia menjadi elemen penting dalam lagu ini dan syukur dia bersedia untuk terlibat,” ujar anggota Insomniacks.

Insomniacks Dan Nabila Taqiyyah Bergabung Dalam Single Berjudul BELUM MULAI

“Pastinya sangat gembira kerana ini adalah kolaborasi pertama saya dan lebih istimewa lagi bersama kumpulan dari Malaysia. Seluruh proses produksi berjalan lancar dan menyenangkan. Saya harap semua pendengar dapat menikmati lagu ini seperti kami menikmati seluruh proses pembuatannya,” kata Nabila.

Dalam single “Belum Mulai” ini, Nabila dan Insomniacks bekerjasama dengan Clara Riva dan S/EEK sebagai pencipta lagu. Mereka sudah banyak bekerjasama dengan penyanyi tempatan untuk mencipta lagu-lagu hit.

Lagu “Belum Mulai” menceritakan tentang seseorang yang harus merelakan cintanya pergi walaupun cinta tersebut belum bermula. Lagu ini menggambarkan perasaan seseorang yang harus melepaskan orang yang disayangi kerana pelbagai sebab walaupun kisah cinta mereka belum bermula.

Dari segi susunan muzik, lagu ini dimulakan dengan irama pop balada yang sederhana dengan gitar akustik sebagai elemen utama. Dari tengah hingga akhir lagu, unsur rock dengan distorsi ditambah untuk menandakan elemen band masih ada dalam susunan lagu. Hebat!

Insomniacks Dan Nabila Taqiyyah Bergabung Dalam Single Berjudul BELUM MULAI

Video muzik “Belum Mulai” juga dibuat dengan kesan yang sederhana tetapi nyaman secara visual. Mengambil latar belakang kawasan lapang dengan pemandangan pokok-pokok yang mengelilinginya, ia pasti menyejukkan mata.

Video muzik “Belum Mulai” dihasilkan oleh Kolmar Films dengan Ido Aruan sebagai pengarahnya. Penggambaran dilakukan di Yogyakarta.

“Pembuatan video muzik di Yogyakarta sangat mengesankan kerana itu pertama kali kami dapat datang ke sana dan lebih istimewa lagi kerana bersama Nabila,” ujar Insomniacks.

Insomniacks Dan Nabila Taqiyyah Bergabung Dalam Single Berjudul BELUM MULAI

Insomniacks dan Nabila Taqiyyah berharap lagu ini dapat dinikmati oleh banyak pengemar muzik di Malaysia mahupun di Indonesia. Bagi mereka yang merasakan hal yang sama dari cerita lagunya, semoga ia dapat menjadi inspirasi dalam mencari jalan terbaik.

“Mudah-mudahan peminat kami di Malaysia dan juga yang mendengar di Indonesia suka dan gembira dengan lagu ini dan memutarnya berulang-ulang,”

– Insomniacks

“Buat kamu yang dapat mengaitkan diri dengan lagu ini, semoga ia menjadi soundtrack untuk menghiasi kehidupan kamu. Semoga semua suka dengan lagunya,”

– Nabila
Insomniacks Dan Nabila Taqiyyah Bergabung Dalam Single Berjudul BELUM MULAI

Single kolaborasi Nabila Taqiyyah dengan Insomniacks sudah tersedia di semua platform muzik digital. Video muziknya juga telah ditayangkan di saluran YouTube Insomniacks.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dewan Filharmonik Petronas Lancar Konsert GENERASI DFP Untuk Tahun 2024

Kat Roshan Bercerita Tentang Harapan Palsu Melalui Single KU PERCAYA