in , ,

INNVIRTUAL Platform Digital Yang Memacu Industri Pameran & Acara Secara Virtual

Dibangunkan oleh Innogen, platform ini memberi alternatif normal baharu kepada acara bersemuka dan kini sudah boleh digunakan bagi penggiat industri global yang menerima impak negatif dari pandemik Covid-19.

  • “Industri pameran dan acara telah berubah dan semakin maju kehadapan selaras dengan kemajuan teknologi dan arus trend semasa. Sebagai penggiat industri, kita sepatutnya melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang hebat dan penuh dengan peluang yang perlu kita gunakan sebaik mungkin. Kita perlu sentiasa mencari jalan bagaimana untuk sentiasa berada di hadapan daripada terus terkejar-kejar di belakang” – Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2020 – Innogen Sdn Bhd (Innogen) hari ini telah melancarkan InnVirtual iaitu platform digital yang direkacipta untuk memacu industri pameran, persidangan dan acara di Malaysia. Ia merupakan platform digital yang pertama seumpamanya dibina di dalam negara dan dibuka untuk pasaran global. 

INNVIRTUAL LOGO

Dikenali dengan kepakaran mereka di dalam industri pameran, persidangan dan acara, Innogen kini melebarkan portfolio servisnya dengan InnVirtual – sebuah produk yang dibina khusus bagi situasi perniagaan yang sentiasa berubah justeru memberikan khidmat paling cemerlang buat para penggiat industri yang juga perlu mengikut arus perubahan ke arah dunia digital. Kekuatan InnVirtual dapat dilihat dari tiga ciri utamanya, iaitu: 

  • Rekaan dan Aplikasi: Platform yang disesuaikan mengikut keperluan acara dengan implementasi yang lancar dan mesra pelanggan
  • Penasihat Teknikal dan Kreatif: Penasihat profesional yang berkredibiliti untuk membantu para pelanggan dalam sebarang penyelesaian isu kreatif dan teknikal 
  • Sokongan Teknikal: Pentadbiran dan pemeliharaan maksimum yang efisyen untuk memastikan kandungan platform virtual sentiasa dikemaskini. Ini akan dilaksanakan oleh pasukan yang dilantik khas oleh Innogen yang terdiri dari individu yang berpengalaman dan menerima latihan khas dalam bidang teknologi 
RICHARD WONG
Richard Wong

Richard Wong, Pengarah Urusan Innogen ketika memberikan ucapan di pelancaran virtual produk tersebut berkata, “Walaupun kami turut merasakan impak daripada pandemik yang melanda dunia, kami juga berasa bertanggungjawab kepada industri yang telah menyokong kami. Ianya adalah masa yang tepat bagi Innogen untuk menggunakan segala kepakaran dan pengetahuan selama lebih 20 tahun bergiat di dalam industri ini untuk membawanya ke era digital. InnVirtual adalah produk yang terhasil daripada kepakaran tersebut”. 

“Pameran, persidangan dan acara virtual adalah masa hadapan bagi industri ini. Para penggiat industri samada vendor maupun pelanggan perlu beranjak ke era digital, termasuklah Innogen. Ianya adalah platform yang tepat dan relevan buat masa kini. Terutamanya di zaman yang amat mementingkan pengalaman yang imersif dan menyeluruh bagi generasi yang begitu sofistikated. Di Innogen, kami begitu agresif dalam memberi latihan kepada pasukan yang bertanggungjawab mengendalikan platform ini demi memastikan pengalaman virtual yang dialami oleh pelanggan sama, atau mungkin lebih bagus, daripada menghadiri acara fizikal” tambahnya.

InnVirtual adalah produk yang unik kepada Innogen dan ianya direka bukan sahaja untuk memberikan penyelesaian kepada permintaan terkini kepada pameran, persidangan dan acara secara virtual, tetapi juga merealisasikan elemen-elemen yang tidak mampu dilaksanakan oleh pameran atau acara secara fizikal. Integrasi digital yang selama ini hanya bertindak sebagai komplementari kepada perniagaan utama Innogen iaitu menganjurkan pameran, persidangan, acara dan sebagainya, kini telah dibawa ke hadapan untuk menyahut cabaran era teknologi dan situasi semasa. 

DATUKYB2
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Di dalam ucapan yang dipra-rakam, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, berkata, “Bagi pihak kerajaan, saya mengucapkan setinggi tahniah kepada Innogen atas inisiatif ini. Syabas kerana berani mengambil risiko untuk melabur di dalam teknologi baru demi kemajuan industri. Industri pameran dan acara telah berubah dan semakin maju kehadapan selaras dengan kemajuan teknologi dan arus trend. Sebagai penggiat industri, kita sepatutnya melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang hebat dan penuh dengan peluang yang perlu kita gunakan sebaik mungkin. Kita perlu sentiasa mencari jalan bagaimana untuk sentiasa berada di hadapan daripada terus terkejar-kejar di belakang”. 

Pelancaran InnVirtual itu juga menyaksikan satu demonstrasi platform digital tersebut kepada rakan-rakan industri, para jemputan dan pihak Media. “Dalam situasi ancaman kesihatan global pada ketika ini, kaedah virtual adalah yang paling selamat sekali digunakan bagi penganjuran pameran atau acara yang memerlukan kehadiran dan penyertaan pengunjung.

Selain dari itu, ianya juga menjimatkan kos, tinggi faktor kelestarian, menjamin penyertaan pengunjung antarabangsa dan memanjangkan tempoh kitaran hidup acara ke 60 hari. Platform ini direkacipta untuk memberikan nilai kepada rantaian industri dan kami amat berbangga kerana dapat memberikan peluang kepada semua pihak yang berkepentingan untuk turut terlibat dalam perkembangan yang bakal memacu industri pameran, persidangan dan acara di negara ini” kata Richard sebagai penutup majlis.

InnVirtual boleh didapati dalam bentuk “hybrid” atau gabungan. Acara “hybrid” adalah acara yang menggabungkan pengalaman fizikal dengan virtual. Ianya adalah lebih daripada sekadar siaran langsung secara strim kerana ia memberikan peluang kepada pengunjung untuk mengalami pengalaman sebenar acara tersebut dan juga kolaborasi kreatif terutamanya kepada penganjur dan pemilik tempat acara.

Kerjasama ini membolehkan penganjur untuk menunjukkan kewibawaan mereka dalam penyediaan tempat, makanan, persembahan dan sebagainya dan kepakaran teknikal dan digital kepada InnVirtual. 

Sila layari www.innogen.com.my untuk mengetahui tentang InnVirtual dengan lebih lanjut atau hubungi 8961 1108 untuk talian bantuan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Panggung Wayang Pandu Masuk NESCAFÉ® M-Junction Kini di Kuala Lumpur

Tarik Diri Hingga Menyusahkan Produksi, Ini Penjelasan Ara Johari