in

Inilah Kemewahan Hotel Intercontinental Osaka

Pendapat ramai orang tentang hotel dan tempat penginapan biasanya sama sahaja. Secara amnya, semua beranggapan hotel pasti menawarkan sekadar bilik tidur, bilik mandi dan tempat makan. Itu sahaja. Namun ramai yang lupa bahawa pemandangan serta suasana yang disediakan oleh beberapa hotel tertentu berbeza mengikut keadaan, tempat dan keperluan.

Dan bagi salah sebuah bandaraya paling popular di Jepun iaitu Osaka, terdapat ratusan pilihan hotel untuk para pelancong yang ingin berlibur atau menginap di situ. Sebagai sebuah bandaraya yang sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti, susah untuk menemui hotel di tengah kota yang mempunyai suasana sekeliling yang menarik. Namun begitu hotel Intercontinental Osaka ada keistimewaannya tersendiri.

InterContinentalOsaka_bar_Interior1

Jenama hotel berbintang lima ini sudah semestinya terkenal di seluruh dunia kerana menawarkan kualiti perkhidmatan terbaik yang bertaraf antarabangsa. Dan di Intercontinental Osaka, hotel ini menjuarai dari sudut lokasi penginapan yang sangat sesuai bagi mereka yang ke Osaka untuk tujuan kerja atau perniagaan dan juga membeli-belah.

Kedudukan hotel ini sangat strategik kerana ia terletak hanya lima minit dari dari beberapa stesen keretapi utama Osaka. Ini termasuklah stesen utama JR Osaka, stesen Umeda untuk lingkaran Subway Midosuji dan juga stesen Hankyu Umeda. Ini memudahkan mereka yang perlu mengejar waktu untuk ke destinasi masing-masing (termasuklah keretapi langsung ke lapangan terbang utama Osaka).

Ia juga terletak di kawasan pusat bandar Osaka yang memudahkan para pengunjung untuk terus menghala ke tempat-tempat menarik lain di situ. Lebih menarik lagi, kawasan membeli-belah Osaka juga tidak jauh dari sini. Malah jika berjalan kaki ia hanya mengambil masa sekitar beberapa minit sahaja!

Menampilkan 272 buah bilik yang serba moden dan mewah, ia juga ada ruangan khas untuk acara-acara tertentu. Keajaiban bilik-bilik di hotel ini diperhebatkan lagi dengan pemandangan metropolitan kota Osaka di luar jendela berkat ketinggian hotel ini yang terletak di antara ratusan pencakar langit Osaka. Ini kerana hotel ini seperti kebanyakan hotel bandaraya lain yang biasanya berada di dalam bangunan tinggi dan lobinya terletak di tingkat 20 dan bilik-bilik lain berada di tingkat-tingkat di atas.

Hotel ini juga dilengkapi dengan sebuah kolam renang dalam bangunan (indoor), sebuah rumah mandi tradisional Jepun, sebuah gimnasium 24 jam dan spa bernama ALL that Spa Osaka, sebuah kedai bunga, lima tempat makan ( dua restoran, satu kedai roti, sebuah bar dan lounge) bilik-bilik mesyuarat serta beberapa ruangan untuk penganjuan acara.

Dengan suasana sekeliling hotelnya yang meriah dan senireka dalaman serta kemudahannya yang mewah, hotel Intercontinental Osaka ini memang sesuai buat anda yang inginkan kemudahan dan kelainan dalam penginapan anda di kota Osaka di Jepun!

Intercontinental Osaka: Mewah Nan Meriah
oleh Shah Shamshiri

InterContinentalOsaka_Pool

ALLTHATSPAOSAKA_Lounge

InterContinentalOsaka_Lobby_Interior.

Pattiserie_STRESSED_Interior

InterContinentalOsaka_Deluxe room with View

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CLEAR & Manchester United Trip to Old Trafford

ONE NATION EMCEES Muncul Dengan Single Terbaru HOI YA HOI