in

Inilah Kehebatan Hotel Qliq Damansara

Zaman sekarang, ramai yang mencari hotel yang tidak terlalu mahal tapi masih menawarkan perkhidmatan berbintang selain gaya persembahan yang moden serta kontemporari. Ini dapat dilihat dengan kemunculan pelbagai hotel-hotel moden yang ringkas namun tetap tampil menarik buat para pengunjung.

Salah satu hotel tempatan terbaru di Petaling Jaya yang menawarkan perkhidmatan tersebut adalah Qliq Damansara yang terletak hanya 15 minit dari KL Sentral dan sekitar 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Lobby

Biarpun agak baru sahaja dibuka tidak sampai setahun namun hotel Qliq Damansara sudah mula mendapat perhatian ramai. Ia memenuhi sebahagian besar kawasan Empire Damansara yang terletak berdekatan Damansara Performing Arts Centre di Damansara Perdana. Ia merupakan sebuah kawasan perdagangan yang sangat terkenal di Petaling Jaya. Ia juga hanya beberapa minit perjalanan dari kawasan Mutiara Damansara yang terkenal dengan pusat membeli-belah The Curve dan jenama perabot antarabangsa IKEA.

Kesemua 271 buah biliknya bersih dan menyediakan prasarana yang biasanya terdapat di hotel-hotel mewah seperti TV LCD, penghawa dingin, bilik mandi bersambungan serta kemudahan sambungan Wi-Fi untuk penggunaan internet. Selain itu senireka dalaman bilik-biliknya turut menerapkan unsur minimalis dengan gaya sentuhan yang moden serta kontemporari.

Di hotel ini para tamu akan menemui beberapa tempat makan yang menarik. Salah satunya adalah Hugo’s by Modesto’s yang menawarkan hidangan antarabangsa dan juga tempatan. Sajian menu di sini memang lazat kerana penyediaannya yang sangat teliti. Selain itu tersedia juga Q Lounge untuk sarapan dan minuman.

Biarpun hotel ini kelihatan agak ringkas, namun ia sangat istimewa kerana mempunyai satu tingkat yang dikhaskan untuk wanita iaitu Ladies-Only Floor. Ini membuatkan para tamu wanita yang berkunjung berasa lebih selamat dan lebih bebas kerana tamu lelaki tidak dibenarkan berada di situ.

Selain itu ia juga menyediakan sebuah kolam renang air masin bertutup yang dikenali sebagai Aqua. Dengan cara ini tamu tidak perlu risau diganggu sinaran suria yang terik. Terdapat juga sebuah gimnasium 24 jam untuk tamu beriadah dan bersenam.

Berbekalkan suasananya yang segar, seronok dan pekerja yang ramah, hotel ini pasti menjadi salah sebuah hotel yang ideal buat para pengunjung yang menjalani kehidupan harian yang aktif serta moden namun masih mementingkan keselesaan. Dengan harga yang sangat berpatutan buat mereka yang tidak mahu berbelanja terlalu banyak untuk penginapan semasa bercuti atau urusan perniagaan, hotel ini memenuhi kriteria tersebut. Jadi jika mencari hotel di kawasan Petaling Jaya singgahlah di Hotel Qliq Damansara!

Quest Room

Business Suite

Kehebatan Qliq Damansara
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Menonton THE MARTIAN

Vlog Food Review di Karavan Steak Hub Plaza TTDI