Acara yang bermula sejak lewat petang bermandikan cahaya lampu di sekitar City of Elmina sebelum persembahan rama-rama secara LED menandakan konsert bermula. Konsert ini mengalukan kehadiran pengunjung oleh dua pengacara pada malam itu, Jinnyboy dan Reem Shahwa.
Gandingan Shane Filan, Fazura dan Namewee Gamatkan 10,000 Pengunjung
Selebriti jelita, Fazura tampil membuat persembahan dariada lagu dalam albumnya termasuk single terbaharu, Can’t Forget Me sambil ditemani live band. Suami Fazura, Fattah Amin membuat kejuatan apabila turut menyanyi sebelum berduet menerusi lagu Paling Sempurna.
Tidak ketinggalan, Namewee terus menghiburkan pengunjung selama setengah jam bersama live band. Dia menyampaikan lagu popularnya, To The North dan lagu yang membawa tema perpaduan, Ali, Ah Kau Dan Muthu.
Tiba saat yang ditunggu-tunggu ramai pengunjung sudah pasti kelibat Shane Filan yang cukup popular bersama kumpulan Westlife. Penyanyi berasal dari Ireland ini menghiburkan khalayak dengan pelbagai lagu popular Westlife seperti Uptown Girl dan Swear It Again.
Dia juga menyampaikan lagu sendiri antaranya Heaven dan Beautiful in White sebelum menutup persembahan dengan lagu You Raise Me Up.
Konsert pada malam itu juga dimeriahkan dengan penampilan bintang Internet, Pong Pong bersama penyanyi cilik yang baru berusia 11 tahun iaitu Sawyer Leong dan Josh Kua yang juga graduan undang-undang yang berbakat sebagai pemain violin bersama menghiburkan lagu-lagu medley kumpulan Westlife.
Konsert secara percuma yang berlangsung lebih dari dua jam ini dibawakan secara eksklusif oleh Sime Darby Property dan dianjurkan Universal Music Malaysia berjaya menarik perhatian lebih 10,000 pengunjung yang hadir memberikan sokongan.
Konsert ini juga sebagai pembukaan kepada 36 ekar pertama daripada 300 ekar Elmina Central Park yang dipilih sebagai lokasi konsert. Kawasan ini juga merupakan lokasi bagi pembinaan Taman Permainan Inklusif (Inclusive Playground) pertama Malaysia yang dijangka siap pada separuh pertama 2019. Setelah siap dibina, ia akan membolehkan kanak-kanak termasuk yang kurang upaya bermain bersama sambil mencipta peluang interaksi antara generasi dan keluarga selain meluaskan perpaduan sosial dalam komuniti yang luas.
Sebelum konsert bermula, pengunjung dihiburkan dengan pelbagai aktiviti berkonsepkan karnival seperti balon panas, kereta yoyo, ‘wall climbing’, halangan patung angin dan jualan trak makanan.