in

Ini Senarai MARKAH Top 12 Pilihan Juri Konsert GEGAR VAGANZA Minggu Pertama

Semalam, Budiey ada menghadiri dan menyaksikan secara langsung Konsert Gegar Vaganza musim ke-4 minggu pertama di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Nampaknya, semua juri tetap termasuklah Datuk Ramli MS berpuas hati dengan persembahan 12 penyanyi pada konsert minggu pertama. Menurut Ramli, penyanyi yang dipilih menunjukkan kualiti bersesuaian dengan status mereka sebagai penghibur berpengalaman.

TONTON VIDEO

Jangan Terkejut! Ini Senarai MARKAH Top 12 Konsert GEGAR VAGANZA Minggu Pertama

“Saya gembira dengan persembahan 12 peserta dan mereka benar-benar layak dan sesuai dengan kualiti serta tahap pengalaman masing-masing. Tak ada banyak nak komen, semuanya bagus dan kita lihat pula persembahan mereka minggu depan,” katanya kepada mStar Online.

Aishah yang muncul dengan lagu Janji Manismu mendapat sorakan daripada orang ramai.

Persembahan minggu pertama menyaksikan Hazami menyanyikan lagu Mungkir Bahagia, Tia Jinbara (Farhana), Lan Kristal (Seragam Hitam), Aqasha (Embun), Firman (kehilangan) dan Ferhad (Kasih berubah).
Selain itu, Liza Hanim (Siapa sangka Siapa Menduga), Elyana (Tak Tercapai Akalmu), Syura (Nazam berkasih), Azura (Hati Terkunci), Haida (Zapin Usik Mengusik) dan Aishah (Janji Manismu)
Semua lagu yang dinyanyikan ialah lagu popular milik mereka sendiri.

Elyana muncul dengan imej tidak berkasut mengulangi identiti serupa yang pernah dilakukannya dalam Anugerah Industri Muzik 2005. Juri tetap dari Indonesia Hetty Koes Endang pula berpendapat peserta menunjukkan kualiti persembahan yang menarik dan memukau.

“Sebelum bersetuju menjadi juri tetap, saya bertanya dahulu kepada pengurus saya siapakah peserta. Bila diberitahu saya terus bersetuju dengan tawaran tersebut. Hari ini, konsert pertama saya kagum dengan program ini yang ternyata menampilkan peserta yang berkualiti dan hebat.

Persembahan Hazami mendapat pujian juri.

“Kami sebagai juri tak pilih kasih tetapi harus diingatkan cabaran selepas ini lebih besar,” katanya.

Prof. Datuk Redzuwan Ismail atau Chef Wan menjadi juri jemputan manakala Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih mengacarakan program musim ini.

Dalam pada itu anugerah Gelora Vida Vaganza iaitu kategori Lagu Paling Ingat telah menjadi milik Elyana.

Juara Gegar Vaganza musim keempat bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara.

Aqasha menyanyikan lagu Embun.

Tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.
GV4 disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey – Filem KILLING GUNTHER

Kereta Vellfire Nabil Ahmad Hilang Dicuri di Taman Tun Dr. Ismail