Bersedia untuk bersantai dan berehat bersama orang tersayang? Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia pada 21 September, Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka telah disenaraikan bersama Langkawi dalam inisiatif Gelembung Perlancongan (Travel Bubble) bagi sector perlancongan domestik.
Jika anda bercadang untuk melancong, tidak ada cara yang lebih baik untuk merakam kenangan daripada menggunakan telefon baharu, Galaxy A52s 5G. Inilah beberapa sebab mengapa kami rasa peranti baru ini sangat sesuai bagi mana-mana pengembara:
Pertama sekali, jangan pandang rendah akan kamera quad dibelakang peranti ini. Kamera utama 64MP bukan sahaja menangkap gambar beresolusi tinggi, tetapi juga membuatkan pengalaman anda lebih mudah dengan adanya OIS (penstabilan imej optik). Dengan mengurangkan pergerakan, ia memberikan hasil yang lebih jelas pada gambar anda – sempurna jika anda menaiki kapal dilaut.
Sekiranya anda bersantai di tepi pantai pada waktu malam atau berjalan-jalan di hutan hujan lebat di mana anda tidak mendapat cukup cahaya matahari, gunakan sahaja Night Mode untuk merakam pengembaraan anda.
Dengan adanya teknologi Tetra Binning, ia menggabungkan empat piksel menjadi satu untuk menarik lebih banyak cahaya dalam keadaan cahaya rendah. Sekiranya anda suka vlogging, Galaxy A52s 5G membolehkan anda merakam video dalam 4K UHD. Dengan 30fps, ia juga memberi anda rakaman yang lebih lancar dan stabil.
Tahukah anda bahawa peranti ini juga tahan air IP67? Dipadankan dengan bateri 4,500mAh, anda kini boleh menikmati hari anda tanpa perlu risau dengan jangka hayat bateri yang lemah selepas beberapa jam meninggalkan hotel.
Peranti ini juga menyokong pengecasan pantas 25W yang dapat mengecas sebanyak 50% dalam hanya dalam 30 minit – memberikan anda lebih banyak masa untuk bersenang-senang!
Galaxy A52s 5G didatangkan dengan empat warna – Awesome Black, Awesome White, Awesome Violet dan Awesome Mint – dengan harga runcit yang disyorkan RM1,899. Tukar beli sehingga lima peranti atau dapatkan pelan ansuran 0% berharga RM79.13/bulan di Samsung Online Store.
Anda juga akan menerima Clear Standing Cover bernilai RM109 secara percuma dengan setiap pembelian yang dibuat sehingga 31 Oktober 2021. Selain itu, terima potongan sebanyak 20% dengan pembelian Samsung Care+ 1 Year Accidental & Liquid Breakage Plan atau Samsung Care+ 2 Years Accidental & Liquid Breakage and Breakdown Plan dimana-mana Samsung Experience Store sehingga 31 Disember 2021.
Jadikan ia milik anda hari ini, disini: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a52s-5g-awesome-black-256gb-sm-a528bzkhxme/buy/