Berbanding pada orang yang selalu nampak mewah, yang biasanya ingin menutup kesedihan hidupnya dengan apa yang dia miliki.
Tapi kenapa orang yang hidup sederhana ni nampak bahagia berbanding yang lain ye? Mungkin ini sebabnya.
Tahu Apa Yang Dia Inginkan
Secara umumnya, orang yang bersederhana ini tahu apa yang mereka mahukan dalam hidup. Mereka tahu apa yang harus dilakukan, apa yang perlu, dan apa yang tidak boleh dilakukan, bila nak start, dan bila nak berhenti. Semuanya dapat mereka fahami dengan baik, kerana mereka kenal dengan diri mereka sendiri.
Mempunyai Keyakinan Diri Yang Tinggi
Bagi orang yang jenis bersederhana ni, penampilan bukanlah ukuran untuk menentukan status sosial seseorang. Oleh itu, mereka yang selalu nampak sederhana ni kadangkala mempunyai banyak duit. Mereka saja je nak pilih untuk hidup tidak menunjuk sebab keyakinan diri mereka tinggi
Mindset Mereka Yang Simple
Kebanyakan orang yang hidup bersederhana ni berfikiran yang masa depan itu penuh dengan misteri, yang mana tiada siapa pun yang tahu apa yang akan terjadi. Daripada memikirkan masa depan, mereka ini lebih memilih untuk memikirkan hari ini. Fikirkan cara untuk memastikan hari ini jauh lebih baik dari yang kemarin, sehinggalah kebahagiaan yang mereka rasakan sentiasa pada tahap maksimum.
Mempunyai Ramai Kawan
Orang yang hidup bersederhana ni suka untuk mencari jalan untuk menambah lagi kenalan mereka. Walaupun ada banyak kawan, kalau boleh dia nak tambah lagi. Pada mereka, kenalan itu sangatlah penting.
Dengan adanya kawan yang ramai, hidup terasa jauh lebih ceria kerana tidak ada satu hari pun yang dihabiskan bersendirian.
Bukan hanya itu, mempunyai banyak kawan juga memberi mereka banyak pengajaran berharga dalam hidup. Dimana mereka merasa untuk lebih bersyukur dengan apa yang mereka ada, dapat berkongsi rezeki pada yang memerlukan, saling bantu dan menghormati antara satu sama lain.
Tahu Cara Untuk Tenangkan Diri
Walaupun nampak gembira setiap hari, mereka juga punyai banyak masalah dalam hidup mereka. Tetapi itu tidak menjadi penghalang untuk mereka kerana mereka tahu cara untuk menenangkan diri mereka agar tidak memakan diri.
Apabila sudah merasa tenang, mereka akan cuba untuk mencari sumber masalah, agar ianya dapat diselesaikan dengan cepat. Kemampuan ini adalah salah satu kelebihan orang hidup bersederhana yang tidak dimiliki oleh orang lain.