Semasa di karpet merah akhir Gegar Vaganz, Izzue Islam telah membuat kejutan dengan mengumumkan untuk menarik diri daripada Forteen.
Izzue yang ditemu bual secara langsung di siaran GV Live+ memberitahu punca dia menarik diri kerana sudah tidak ada persefahaman.
“Persefahaman dah tak ada, jadi baik undur diri. Ini bukan kali pertama, ini merupakan kali kedua, jadi saya tak mahu jadi kali ketiga dan seterusnya. Cukuplah.
“Antara semua, suara saya tak sehebat mereka, saya yang paling tak bagus. Ini bukan gimik, benda ini serius, cukup sampai sini sahaja,” – Izzue.
Pengumuman Izzue ini menarik perhatian peminat-peminat Forteen.
Menurut Izzue, pengundurannya itu tiada kena mengena dengan kegaglan Forteen untuk melayakkan diri ke peringkat akhir Gegar Vaganza.
Sebaliknya, dia menyedari tidak lagi sesuai untuk kekal dengan kumpulan berkenaan.
“Cukuplah sampai di sini. Saya serius dengan keputusan ini.
“Lagipun saya memang tidak layak untuk menyertai Gegar Vaganza kerana kualiti persembahan saya kurang memuaskan,” – Izzue
Forteen yang turut terdiri daripada One, Ameer dan Ariz ditubuhkan pada 2011.
Pernah bernaung bawah KRU Music, single Forteen yang menjadi hits antaranya Berdua Bersatu, Kita dan Dekat Tapi Jauh.
Selain bersama Forteen, Izzue juga pernah memasarkan beberapa single solo seperti Bimbang dan Sahabat.