Bimbang tidak bersedia untuk mengadap Yang Maha Esa menjadi pendorong utama Datuk Rizalman Ibrahim membuat keputusan bersara sebagai pereka fesyen. Menurut ikon fesyen tanah air itu, ketika masih mempunyai kudrat dan diberi peluang untuk bernafas, beliau mahu melakukan persediaan yang secukupnya sebagai bekalan di hari kemudian. Dalam masa sama, Rizalman, 49, berkata, berita pemergian rakan-rakan industri seni pada usia yang muda turut menjentik keinsafan pada diri beliau.
Pengumuman yang mengejutkan banyak pihak itu dilakukan ketika konsert Kesuma Jiwa 2020 yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, malam tadi.
“Saya meminta keizinan daripada anda semua untuk mengundurkan diri daripada dunia fesyen. Saya ingin bersara mulai malam ini (20 Februari).
“Ini merupakan pertunjukan fesyen saya yang terakhir. Saya minta maaf tapi perjalanan saya sebagai pereka fesyen berakhir pada malam ini,”
– Dato’ Rizalman
Bagaimanapun, kata Rizalman, 49, jenama fesyen miliknya itu akan diteruskan oleh pembantunya, Faizul Surani, yang dipercayai mempunyai kemampuan untuk mengambil tanggungjawab itu.
“Faizul sudah 15 tahun bersama saya, dan saya yakin dia akan cukup berpengalaman untuk mengendalikan jenama ini selepas pengunduran saya.
“Saya tekad membuat keputusan ini pada tahun lalu, sekali gus merencana Konsert Kesuma Jiwa 2020 yang saya anggap sebagai simbolik silaturrahim saya dan sahabat-sahabat saya terutamanya Dayang Nurfaizah yang telah saya kenal rapat sejak lebih 20 tahun lalu.
“Saya persembahkan konsert ini dengan penuh inti dan mesej, agar orang dapat melihat inspirasi perjalanan kerjaya saya dalam bidang ini,”
– – Dato’ Rizalman
Menjelaskan lebih lanjut sebab pengundurannya, kata Rizalman, selain mahu memberi peluang kepada generasi baharu mengambil-alih kedudukannya, dia dalam masa yang sama berhasrat untuk memberi tumpuan kepada bakat seni lain yang ada dalam dirinya.
“Keputusan untuk bersara ini diambil kerana saya dalam proses mengembangkan bakat saya dalan cabang seni yang lain seperti reka hias dalaman, kosmatik dan kecantikan serta beberapa cabang lain.
“Saya tak mampu nak menjaga kesemua bidang tersebut menyebabkan ada benda yang saya kena lepaskan iaitu fesyen yang telah lama saya ceburi.
“Saya khuatir kalau saya tidak lepaskan, daya kreativiti saya akan menjadi ‘cair’ dan tidak dapat lagi memberikan yang terbaik dalam bidang tersebit,”
– Dato’ Rizalman
Sementara itu, Dayang Nurfaizah ketika diminta memberikan reaksi terhadap keputusan tersebut mengakui pada mulanya terkejut dengan hasrat Rizalman.
“Sebagai sahabat memang saya pada mulanya ternyata-tanya juga kenapa dia mengambil keputusan tersebut.
“Bagaimanapun selepas dia memberikan penjelasan, saya memahami dan menghormati apa yang diputuskan.
“Tentu sekali saya akan merindui rekaannya, tetapi sebagai seorang sahabat, saya akan sentiasa memberikan sokongan atas apa yang dilakukannya,”
– Dato’ Rizalman
Dayang menganggap konsert tersebut sebagai momen terindah bersama pereka fesyen itu.
Konsert Kesuma Jiwa 2020 yang mendapat sambutan luar biasa itu turut disaksikan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Selain persembahan nyanyian menerusi rangkaian lagu menusuk jiwa daripada Dayang Nurfaizah, penonton juga berpeluang menyaksikan koleksi terakhir Rizalman sebagai pereka fesyen hasil menerusi kerjasama dengan Zalora.
Artis lain yang turut terlibat ialah Hael Husaini, Koir Kebangsaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Syafinaz Selamat dan Sherry AlHadad.
Sumber: Astro Awani & Sinar Harian