Perkara itu diluahkan oleh Datin Noor Kartini menerusi Instagram miliknya serta menyifatkan tuduhan Ameera terlibat dalam aktiviti perjudian perlawanan kuda yang tular baru-baru ini adalah fitnah.
Sementara itu, Kartini berkata dakwaan tersebut sangat biadab serta menitipkan pesanan kepada pihak berkenaan mencari rezeki dengan cara yang halal.
“Ini sangat biadab. Nak berniaga biarlah rezeki yang halal. Bukan sanggup fitnah macam ini,”
– Â Datin Noor Kartini
Baru-baru ini, tular apabila Ameera memuat naik gambar menghadiri sebuah acara lumba kuda di sebuah lokasi yang tidak diketahui. Turut menjadi perhatian gambarnya dilihat sedang memegang tiket.