in , ,

Ini Reaksi Spontan Rita Rudaini Apabila Digelar Anti Vaksin di Instagram

Pelakon Rita Rudaini sekali lagi mencuri perhatian netizen berhubung hak dan keterbukaan pengambilan vaksin dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan Rita dalam InstaStorynya, Rita berpendapat bahawa umat Islam pada hari ini sudah menjadi berpuak-puak tentang kepercayaan mereka terhadap vaksin.

Rita Rudaini telah menjawab pertanyaan seorang pengikut di Instagramnya yang bertanya adakah dia seorang anti vaksin.

“Kalau tolak vaksin tu digelar anti vaksin la? Anti vaksin ini untuk orang yang taknak dan tolak vaksin daripada kecil. Itu baru boleh kata, dia anti vaksin,”

– Rita Rudaini

Dihujani kecaman demi kecaman di akaun Instagramnya selepas berkongsi pendapat bahawa golongan yang enggan menerima suntikan vaksin tidak semestinya, mereka harus digelar antivaksin memandang keputusan itu adalah hak masing-masing.

Tidak melatah dengan pendirian yang dibuat, Rita bagaimanapun cuba menjawab setiap soalan mahu pun kecaman yang diberikan dengan tenang termasuk perkongsiannya mengenai hak dan keterbukaan pengambilan vaksin dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Terpulang, hak masing-masing. Macam orang yang dah vaksin buat hantaran, orang yang masih tolak vaksin tiada pula nak suruh jangan muat naik apa-apa.

“Kita positif.. hak masing-masing. Kawan saya pun ramai dah ambil vaksin, tapi kami tak bermusuh. Tidak maki hamun sesama sendiri kerana itu hak masing-masing. 

“Tiada nak puak-puak atau tiba-tiba taknak kawan atau kutuk. Nak tegur boleh, tapi bukan menghina. Cara sebegini tidak sihat,”

Menurut Rita lagi, dia juga tidak pernah menghasut sesiapa untuk tidak mengambil vaksin. 

“Saya nak buat apa-apa hantaran itu, adalah hak peribadi. Saya rasa video-video yang boleh bagi semangat dan info untuk saya, jadi saya kongsikan. 

“Posting (hantaran) menghasut? Ada kapsyen saya hasut ‘ woi jangan vaksin’ tiada kan. 

“Kalau tak suka tengok hantaran yang dimuat naik, janganlah tengok. Orang yang tak nak vaksin ini, memang kena tutup mulut dan diamkan diri? Kenapa saya kena ikut cakap orang,” katanya. 

Terdahulu Rita dalam Instagram Storynya berpendapat bahawa umat Islam pada hari ini sudah menjadi berpuak-puak tentang kepercayaan mereka terhadap vaksin.

Menerusi hantaran berbeza, Rita turut memberi kenyataan seolah-olah tidak berpuas hati apabila ada dalam kalangan warga emas turut dipaksa untuk menerima suntikan vaksin.

Sebelum ini, nama Rita menjadi bualan hangat netizen di Twitter apabila ada pengguna memuat naik tangkap layar InstaStorynya memaparkan pelakon itu sedang merebus bunga cengkih.

Malah, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu turut bertindak menyiar semula beberapa hantaran yang seakan menguatkan dakwaan dirinya tidak percaya dengan vaksin Covid-19.

Malah, Rita Rudaini juga pernah bersuara membidas tohmahan seorang pengacara televisyen yang mendakwa dirinya sebagai seorang antivaksin dan kerap menyebarkan dakyah berkaitan perkara berkenaan. 

Dalam Pada Itu Rita Juga Tak Kisah Jika Tak Dapat Tawaran Kerja

“I dun care Hak masing2 ….kecaman,kena sekat job? Jgn takut…ALLAH tu kan lg berkuasa dr kita…DIA akn hadirkn rezeki dr mana yg DIA kehendaki…moga ALLAH lindungi kita semua…AAAMINN”

Micheal Ang ‘Sembur’ Artis Persoal Vaksin Warga Emas – “Tolong Diam! Jangan Bising Sebab Kau Akan Nampak Bodoh”

KENYATAAN pelakon Rita Rudaini mempersoalkan tujuan warga emas dipaksa mengambil vaksin turut menerima reaksi pengarah terkenal, Michael Ang yang tidak bersetuju dengan pendapat itu.

Michael berkata, perkara itu hanya menimbulkan kebimbangan awam dan sekaligus menyukarkan lagi matlamat negara mencapai imuniti kelompok atau hert immunity.

“Sebenarnya nak Blackpink ke, nak Pfizer ke itu hak kau. Tapi anda ni yang cerdik pandai followers berjuta ni agak-agak la kalau nak post.

“Kalau kau tak nak pergi (ambil vaksin) diam je tak payah pergi… kau duduk rumah tak payah post, menyakitkan hati orang je, ”

Tambah pengarah drama Angkara Cinta ini, masyarakat harus faham tentang faedah pengambilan vaksin yang dilihat sebagai ikhtiar melindungi diri daripada j4ngkitan peny4kit.

Tambahnya, kebolehjangkitan kepada warga emas lebih berisiko tinggi sekiranya tidak menerima vaksin.

“Apa benda yang kau cakap orang vaksin sebab nak pergi holiday. Ada ke patut dia cakap tak payah paksa mak bapa ambil vaksin.

“Sebagai anak-anak kita sepatutnya paksa mak ayah pergi vaksin sebab kita sayang mereka.

Pada saya kau nak ke tak nak… tolong diam jangan bising sebab kau akan nampak bodoh.

“Betul vaksin ni bukan penawar dan tak menjamin kita tidak terkena Covid-19, tapi sekurang-kurangnya kadar kebolehjangkitan tu rendah. Warga emas lagi berisiko tinggi untuk terkena,

Dalam pada itu, Michael meminta golongan selebriti tidak menyebarkan maklumat berkaitan vaksin Covid-19 yang tidak pasti kesahihannya.

Katanya, perkara itu hanya menimbulkan kemarahan masyarakat terhadap golongan anak seni.

“Pada saya kau nak ke tak nak… tolong diam jangan bising sebab kau akan nampak bodoh.

“Artis ni dah dicop (label) bodoh, jangan la lagi nak menambahkan kebodohan kita. Tak payah ritaaaa

“Orang dekat luar kata artis ni harapkan muka je tapi tak ada otak, apabila kau tambah macam ni lagi menambahkan kebencian mereka kepada golongan selebriti, ” katanya.

Terdahulu, pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa tidak puas hati apabila segelintir warga emas dipaksa oleh anak-anak untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Rita menerusi Instastory mempersoalkan tujuan mereka yang membawa ibu bapa menerima vaksin jika tidak dapat melancong kerana sudah uzur.

“Yang nak vaksin, vaksinlah… tapi kenapa nak ada paksaan? Apa agenda? Paksa orang tua-tua vaksin, yang duduk atas kerusi roda pun diangkut untuk vaksin. Kenapa?

“Mereka dah tua, nak jalan pun tidak boleh, jadi nak vaksin untuk pergi mana? Paris? Milan? Daftar pula ibu bapa yang dah uzur dan tua untuk di vaksin sama. Otak mana? Nak cucuk, cucuklah. Tak perlu risikokan ibu bapa hangpa, ” coretnya.

Bagaimanapun, pandangan itu menerima pelbagai reaksi netizen yang tidak setuju dan berang terhadap kenyataan pelakon filem Mami Jarum Junior itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dokumentari Masjid Al-Ghazali, Wakaf Ikhlas Mangsa Tragedi MH17, Aidiladha Ini di RTM

Afgan Positif Covid-19, Nasib Baik Tiada Gejala Sebab Dah Cucuk Vaksin