in

Ini Permintaan Datuk Mahadzir Lokman Selepas Sedar Dari Koma

Pengacara dan personaliti televisyen popular, Datuk Mahadzir Lokman sudah kembali sedar selepas koma sejak Ahad dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Adiknya, Danial Lokman berkata, ikon siarawan negara yang berusia 60 tahun itu juga sudah boleh bercakap awal pagi Rabu, namun masih di bawah pengawasan rapi doktor di pusat perubatan tersebut.
Menurut Danial, ayat pertama yang dituturkan oleh Mahadzir adalah: “Boleh sesiapa tolong bawakan baju tidur dan berus gigi ke hospital.”

Tambah Danial, pihak keluarga bersyukur apabila abangnya telah mula sedar dan berharap beliau beransur pulih dengan segera.

Pada Selasa, mstar Online melaporkan Mahadzir yang lebih mesra disapa Dale sudah mula menunjukkan tanda-tanda positif, bagaikan harapan kepada keluarga untuk melihat beliau kembali pulih seperti sedia kala.

Penerima anugerah Ordre Les Palmes Academiques oleh kerajaan Perancis pada 2006 itu boleh menggerakkan tangan pada Isnin apabila disapa doktor.

Pada Ahad, Mahadzir dilaporkan berada dalam keadaan kritikal susulan komplikasi buah pinggang dan paru-paru sehingga perlu dikejarkan ke PPUM untuk rawatan lanjut.

Beliau yang mengidap diabetes dan tekanan darah tinggi dibawa ke hospital awal pagi Ahad setelah anggota keluarga menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Janna Nick Duta Terbaru vivo V7+

500 Kuntum Ros Bukti Sayangnya Fazura Buat Fattah