ZAYAN, destinasi gaya hidup Muslim moden, telah mengajur “A Day with Hijabistasâ€, iaitu perlawanan futsal persahabatan hijabistas, sebagai inisiatif baru sempena Hari Hijab Sedunia (World Hijab Day) 2019. “A Day with Hijabistasâ€berlangsung pada hari ini, 16 Februari 2019, di Uptown Sports Bangi dan disertai oleh personaliti-personaliti tempatan dan peminat-peminat ZAYAN.
ZAYAN ANJUR PERLAWANAN FUTSAL HIJABISTA PERTAMA DI MALAYSIA
- Buat julung kalinya di Malaysia,“A Day with Hijabistasâ€, inisiatif jenama radio ZAYAN#indahdihati, diadakan dengan tujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara peminat-peminat dan keluarga ZAYAN. Pada masa yang sama, “A Day with Hijabistasâ€juga berniat meningkatkan pemahaman masyarakat tentang tatacara pemakaian hijab dan berhijab juga tidak memberi halangan kepada kaum wanita untuk terus aktif dengan menjalankan rutin harian dan aktiviti-aktiviti yang cenderung ke arah gaya hidup sihat
- Selain itu, keunikan “A Day with Hijabistasâ€juga merangkumi tatatertib pemain-pemain perlawanan futsal persahabatan ini yang ditunjukkan tatacara pemakaian hijab yang sempurna. Peserta-peserta perlawanan futsal ini juga perlu berhijab sepanjang perlawanan.
- Personaliti-personaliti ZAYANseperti Lin Ariffin (dari segmen‘#ZOTD’), Mawi & Anas(dari segmen‘Salam BROS’), dan Falyq (dari segmen‘ZAYAN Cafe’)serta personaliti-personaliti jemputan seperti Anna Aljuffrey (personaliti jenama radioGEGAR), Nur Affizza Azmi (penyampai berita TV9)dan Wani Kayrie, Ekin & Aenn (selebriti-selebriti tempatan) turut hadir untuk bertemu dan memeriahkan gelanggang futsal bersama-sama peminat.
- Pemain-pemain perlawanan futsal persahabatan dibahagikan kepada 8 kumpulan dan perlawanan selama lima minit bagi setiap kumpulan ini bersifat ‘kalah mati’. Pemenang dari 8 kumpulan yang bertanding akan bertemu ‘kumpulan pilihan’ di peringkat akhir bagi mementukan pemenang keseluruhan perlawanan.
- Penganjuran “A Day with Hijabistasâ€ini juga merupakan tanda peringatan dan penghargaan dari ZAYAN kepada wanita-wanita Muslim yang berhijab di Malaysia dan negara luar yang tabah berhadapan dengan cabaran atau halangan kerana memilih untuk berhijab.