iPad Mini akan dikemaskini tahun ini dengan tiada perubahan rekaan dilakukan sejak ia dilancarkan lima tahun lalu, Dengan rekaannya yang kecil ia adalah peranti pilihan untuk menonton video di rumah kerana tidak melenguhkan tangan. Hari ini Jon Prosser meniriskan imej pengolokan iPad Mini 2021 yang dihasilkan dari lukisan CAD yang tertiris.
Dari segi rekaan ia adalah sebuah iPad Air dengan rekaan yang lebih kecil. Sisi berkotak dikekalkan bersama dengan tiada lagi butang home fizikal. Sebaliknya Touch ID dipindahkan ke butang kuasa yang bersaiz besar. Tiada sistem kamera canggih kerana hanya satu lensa dapat dilihat. Rekaannya amat kemas dan tampak sangat menarik. Akhir sekali tablet ini akan menggunakan port USB-C. Adakah rekaan ini mengujakan bagi anda?
*Sumber: Amanz