in ,

Ini Kereta Raya Rozita Che Wan

Aktres jelita terkenal tanah air, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta membawa pulang kenderaan utiliti sukan (SUV), Haval H2 sebagai penghargaan menjadi duta jenama itu sejak Oktober tahun lalu.

Pengarah Eksekutif Go Auto, Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamil berkata, pihaknya berbangga kerana Che Ta sudi menjadi Duta kepada Haval Malaysia.

Ini Kereta Raya Rozita Che Wan

Tambah Azli, Go Auto berharap Che Ta akan gembira dengan Haval H2 dan rasai kehebatan SUV ini.

Lebih bermakna, hadiah istimewa diterima pelakon kelahiran Alor Setar itu diberikan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang beberapa hari saja lagi. Malah, Che Ta turut tidak menyangka diberikan nombor pendaftaran istimewa dari Perlis, ‘RQ2174’, bermaksud Rozita, yakni namanya sendiri.

Menurut Che Ta, 44, Haval bukanlah jenama asing bagi dirinya kerana dia sudah sedia maklum mengenai produk dan status pengeluar SUV dari China itu sejak 2015.

Ini Kereta Raya Rozita Che Wan

“Pada masa itu Haval menggunakan label Great Wall Motors sebelum dijenamakan semula sebagai Haval, baru-baru ini. Saya memang sentiasa mengikuti perkembangan Haval sejak dilantik sebagai duta jenama berkenaan,” kata ibu kepada tiga anak itu.

Mengulas mengenai profil H2, Che Ta berkata, SUV tersebut adalah satu-satunya model Haval paling premium yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia setakat ini.

“Semua ciri yang ada pada SUV jenama lain juga ada pada H2. Sebutlah apa saja, 6 beg udara, bumbung suria, ABS, ESP, TPMS, brek parkir elektronik (EPB), punat tekan mula dengan masukan pintar, sokongan lumbar elektrik boleh laras untuk kerusi pemandu, kerusi pemandu elektrik boleh laras 6-cara, kamera undur, sistem multimedia, lampu siang (DRL) dan banyak lagi.

“Harga ditawarkan pula cukup berbaloi bermula serendah RM89,950, termasuk GST dan insurans bagi transmisi manual manakala varian premium cuma bermula dari harga RM101,950. Puluhan ribu lebih murah berbanding pesaing SUV lain,” jelas Che Ta.

Tambah Che Ta, kualiti ditawarkan SUV H2, dan juga satu lagi model hatchback dengan gaya crossover, H1 nyata sangat memuaskan.

“H2 diberikan waranti 5 tahun atau 150,000km perbatuan, dan model H1 pula diberikan waranti 7 tahun. Pusat servis pula ada di seluruh Malaysia . Jadi memang tidak perlu risau sangat pasal masalah alat ganti dan baik pulih,” kata Che Ta lagi.

Ini Kereta Raya Rozita Che Wan

Ini Kereta Raya Rozita Che Wan

Ini Kereta Raya Rozita Che Wan

TENTANG GO AUTO

Ditubuhkan pada 2014, Go Auto dilantik oleh Graet Wall Motors (GWM) sebagai pengeluar dan satu-satunya pengedar sah bagi barisan SUV Haval dan GWM di Malaysia dan pasaran ASEAN.

Go Auto mencatatkan sejarah dalam industri automotif tempatan apabila menjadi syarikat pertama yang dianugerahkan lesen pembuatan kenderaan cekap tenaga (EEV) oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di bawah Dasar Automotif Negara pada 2014.

Go Auto telah memasuki pasaran Cambodia, Thailand dan Brunei. Terbaharu Go Auto berjaya menembusi pasaran Batam, Indonesia menerusi model Haval H1, H2 dan H8.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tonton Kini Di Singtel TV Tampil Dato’ Seri Vida, Ayda Jebat & Redza Rosli di Celebfest

Celebrates Joyous Ramadan