Memetik dari berita yang disiarkan di Harian Metro, melaporkan tentang seorang wanita yang bertanggungjawab telah berkongsi gambar anak penyanyi Datuk Sri Siti Nurhaliza di Facebooknya mahu bertemu dengan penyanyi itu untuk memohon maaf.
“SAYA minta maaf dan sedia berjumpa pihak Siti untuk menjelaskan perkara sebenar,” kata Wan Noor Akmal Wan Yusof, 36, wanita yang didakwa berkongsi gambar anak penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza di laman Facebook, semalam.
Wan yang juga jurusolek sambilan berkata, dia mendapat gambar dan video itu daripada rakan menerusi aplikasi Whatsapp sebelum memuat naik di Facebook.
“Saya hanya berniat nak berkongsi kegembiraan. Pada awalnya, ramai yang mengucapkan tahniah. Namun, apabila seorang komen dan minta memadam status berkenaan, ramai turut komen sama. Malah, mereka mula mengecam saya.
“Ketika perkara itu kecoh, saya berada di luar. Sejurus tiba di rumah, saya perasan banyak notifikasi masuk. Baru saya sedar status berkenaan mengundang amarah banyak pihak.
“Saya terkejut dan tidak menjangka perkara itu tular. Akhirnya, saya mengambil keputusan memadam dan mennyahaktifkan akaun Facebook buat sementara waktu,” katanya kepada Harian Metro.
Wan yang menggunakan akaun Wann Arianna juga akui dia tidak tahu menahu mengenai kenyataan suami Siti yang mana mereka bakal berkongsi wajah anak selepas tujuh hari kelahiran.
“Sekali lagi saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan tidak sengaja untuk menyakiti hati pihak Siti.
“Kalau daripada awal saya tahu mengenai kenyataan yang mereka belum bersedia berkongsi wajah anak, saya takkan buat perkara ini. Saya akui dan sedar kesilapan saya,” katanya.
Terdahulu, perkongsian Wan di laman Facebook miliknya menjadi tular sehingga banyak beranggapan dia dalang kepada penyebaran gambar anak Siti.
Bagaimanapun, beberapa jam selepas status itu di muat naik, Wan memadam gambar itu bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku.
Harian Metro