Waah, sangat teruja rasanya Budiey apabila dapat tahu Tom Cruise akan kembali mengganas dalam filem terbaru, The Mummy. Penggambaran nampaknya baru berlangsung untuk filem reboot klasik The Mummy oleh Universal Pictures di bandar Oxford, England.
Beberapa hari yang lalu, peminat diperlihatkan dengan beberapa foto dari lokasi tersebut yang menampilkan teraju utamanya, Tom Cruise (Mission Impossible: Rogue Nation, Oblivion) dan Annabelle Wallis (X-Men: First Class, Annabelle) sedang asyik beraksi di hadapan kamera!
Filem arahan Alex Kurtzman (Transformers, Watchmen, Star Trek) ini turut dibintangi Sofia Boutella (Kingsman: The Secret Service) yang dilaporkan memegang watak mumia dalam filem ini dan Jake Johnson (Jurassic World). Jalan ceritanya akan berlangsung pada era moden ini dan Tom Cruise dikhabarkan akan menjadi seorang tentera dalam Unit Khas Kerajaan Amerika Syarikat. Menarik tak?
Samada ianya diinspirasikan dari versi klasik Boris Karloff (1932) atau versi reboot Stephen Sommers (1999), masih belum lagi dapat pastikan lagi.
The Mummy akan berada di pawagam seluruh dunia pada 8 Jun, 2017. Sama-sama kita nantikan ya.